Kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana yang terletak di pusat kota Putrajaya. – Foto Bernama Radio

PUTRAJAYA – Kediaman rasmi perdana menteri, iaitu Seri Perdana, kini dibuka kepada orang awam enam hari seminggu.

Menurut laman web rasmi Seri Perdana, bangunan di Putrajaya itu adalah milik rakyat, oleh itu ia boleh dikunjungi orang ramai.

Pengunjung boleh melakukan lawatan beserta pemandu pelancong ke kediaman tersebut termasuk akses ke blok Protokol dan Jamuan – dari Isnin hingga Khamis kecuali cuti umum atau ketika majlis rasmi.

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh lawatan dan pelawat dikehendaki berpakaian dengan sopan dan membawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport.

Mereka juga dilarang merakam gambar ketika berada di dalam bangunan itu.

Seri Perdana disempurnakan pada 1997 di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dan mempunyai gabungan idea reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.

Untuk rekod, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang menjadi pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendiami Seri Perdana sebaliknya lebih selesa tinggal di kediaman peribadi beliau di Seri Kembangan, Serdang.

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share