Seakan senasib dengan Azwan Ali, Ellie Suriati Omar yang kononnya memperjuangkan isu Melayu dengan menyebelahi Umno atau secara khusus bekas Perdana Menteri Najib Razak kini sudah enam bulan tidak menerima apa-apa tawaran untuk berlakon, mengarah atau menulis skrip.

“Kalau dah tak dipanggil berlakon enam bulan tu, maknanya dah tepu. Selama itulah saya tak dapat tawaran penggambaran.

“Sekarang saya mengalami sendiri apa dirasai sejumlah kakitangan stesen TV swasta yang dilaporkan diberhentikan baru-baru ini,” kata Ellie dipetik Malaysiakini.

Ellie berkata, para artis yang menyokong himpunan bantah ICERD yang dikepalai PAS dan Umno perlu bersedia berdepan dengan kesannya.

Beliau bagaimanapun menyatakan akan hadir bersama ratusan ribu orang Melayu di himpunan bantah ICERD hari ini 8 Disember, Sabtu.

Himpunan didakwa untuk mempertahankan perlembagaan, Raja-raja Melayu dan Islam pada Sabtu ini kononnya sebagai bukti rakyat Malaysia menolak sepenuhnya sebarang usaha meratifikasi Icerd.

PAS menganggarkan seramai 300,000 penyokong mereka akan hadir, manakala Umno pula mendakwa menghantar 200,000 lagi.

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share