Menteri Pertanian Salahuddin Ayub pada bulan Julai berkata, kerajaan PH komited membangunkan semula ladang lembu NFC. – Foto The Malaysian Insight

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub menerima bangkai seekor lembu bersama nota ugutan bunuh pada Rabu.

Timbalannya, Sim Tze Tzin mengesahkan perkara itu di Parlimen pada Khamis dan berkata, kementeriannya sedang menunggu pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkaitan hasil siasatan kes tersebut.

Sim berkata laporan polis telah dibuat sejurus selepas bangkai seekor lembu dan nota ugutan bunuh itu diletak di depan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, Ahad lalu.

Sementara itu, Salahuddin dilapor NSTP berkata, beliau menyedari ugutan itu sebagai perkara serius selepas polis memaklumkan ia membabitkan kes ugut bunuh terhadap seorang menteri.

Beliau pada mulanya beranggapan notis ugutan itu hanya ‘main-main’, terutama selepas melihat bangkai lembu berkenaan dipakaikan baju merah dengan logo PKR dan ugutan mengandungi namanya itu antara lain menyebut ‘lembu aku mati kemalangan, engkau aku bunuh, engkau tak ada otak’ yang ditulis dengan warna merah.

“Paling penting, saya nak tahu apa motif sebenar sebab saya rasa saya tak ada musuh, saya tak bergaduh dengan orang dan saya tak pernah menimbulkan pergaduhan tetapi tiba-tiba menerima ugutan sebegini.

“Semalam keterangan saya diambil oleh polis di Muar dan diberitahu suspek sudah direman. Saya tak boleh komen lanjut dan serahkan kepada polis untuk membuat siasatan,” katanya dipetik NSTP.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim dilaporkan berkata, lelaki yang membuat ugutan itu direman hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Kamaluddin turut dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati apabila permohonannya meminta bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditolak.

Ketika ditanya mengenai penolakan bantuan itu, Salahuddin mengakui menerima banyak permohonan setiap kali pulang ke Simpang Jeram, namun tidak pasti sama ada pernah menolak permohonan suspek.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share