Najib Razak ketika di parlimen tidak dapat menjawab semua soalan isu berkenaan bayaran balik GST oleh Guan Eng secara rasmi, tetapi mengambil jalan mudah menjawabnya di laman Facebook sahaja. – Foto Bernama

Kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas Petronas untuk bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tertunggak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tunggakan berjumlah RM19.4 bilion gagal dibayar kepada 121,429 syarikat dan individu kerana baki Tabung Bayaran Balik GST hanya ada RM148.6 juta.

“Akaun Hasil Disatukan hanya mempunyai RM450 juta pada 30 April 2018. Jumlah ini tidak mencukupi untuk dipindahkan kepada Tabung Amanah GST untuk membiayai bayaran balik GST yang tertunggak.

“Oleh yang demikian, Kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas Petronas untuk membuat bayaran balik GST yang tertunggak sebanyak RM19.4 bilion pada tahun 2019,” katanya dipetik Astro Awani.

Di bawah Seksyen 54 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (2014), semua bayaran GST yang dikutip mesti dibayar terus kepada Tabung Bayaran Balik GST untuk membolehkan bayaran balik dibuat.

Namun Guan Eng mendakwa perkara itu tidak dilakukan, sebaliknya ia dibayar terus kepada Akaun Hasil Disatukan, yang menyalahi undang-undang.

Beliau turut menyelar kenyataan Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kepada Laporan Ketua Audit berhubung kedudukan bayaran balik GST sehingga 5 Jun 2018.

“Perlu ditegaskan bahawa saya hanya bongkarkan skandal RM19.4 bilion yang tidak dibayar balik dalam 2 minggu di dalam Majlis Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2018, dan bukan pada 5 Jun 2018,” katanya.

Justeru beliau berkata lebih 120 ribu syarikat dan individu ini menjadi saksi atas kegagalan bayaran balik GST itu sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak.

Untuk rekod, Najib ketika di parlimen cuba memberi alasan wang tidak cukup akibat tuntutan tinggi peniaga susulan pemansuhan GST dan pengenalan SST oleh kerajaan PH.

Guan Eng menjawab bahawa isu tuntutan dan wang bayaran balik GST itu berlaku sebelum PH berjaya menjadi kerajaan menggantikan BN yang diterajui Najib sendiri.

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan Najib memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share