IPOH – Exco Pendidikan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengesahkan telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Perkara itu dimaklumkan pegawai medianya, Shukrie Ibrahim yang menjelaskan keterangan tersebut dibuat selama dua jam.

Katanya, keterangan itu dibuat berkaitan isu fitnah menjatuhkan Menteri Besar Perak.

“YB Dr Abdul Aziz Bari telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Astro Awani di dalam portalnya melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi memberitahu, Abdul Aziz akan dipanggil untuk memberi keterangan kerana dikatakan mendapat tawaran jawatan dan sebagainya.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Saarani Mohamad bersedia menyerahkan Akuan Bersumpah lima Adun BN berkaitan isu tersebut kepada pihak polis jika dipanggil. – Sinar Harian

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Mahathir gagal tadbir Malaysia, kata Jho Low selepas didakwa gubah wang haram RM4 bilion

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share