Senator Raja Bahrin menteri kabinet Tun Dr Mahathir menafikan pendedahan skandal Tabung Haji adalah balas dendam kerajaan PH terhadap BN. – Foto The Ant Daily

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan susulan dua laporan polis dibuat terhadap Pengerusi dan Pengurusan Tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) dan semua yang didapati bersalah mesti dihukum dengan adil tanpa mengira jawatan atau parti politik.

“Ikram amat bersimpati terhadap nasib semua pendeposit TH termasuk golongan miskin, kaum petani dan nelayan yang telah berusaha mengumpul duit bagi menunaikan haji.

“Tetapi sebaliknya simpanan mereka telah disalahgunakan, jika benar penyelewengan ini telah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kepimpinan Lembaga TH juga mesti mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam sistem pengurusan institusi itu.

“Ikram juga berharap mereka dapat mengambil langkah-langkah penambahbaikan agar TH bangkit semula dan kembali menjadi institusi yang cemerlang,” katanya.

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Mahathir gagal tadbir Malaysia, kata Jho Low selepas didakwa gubah wang haram RM4 bilion

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share