Penyedut minuman plastik [straw] tidak akan diberikan secara automatik kepada pelanggan bermula tahun depan di negeri Selangor.

Exco Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian hari ini berkata, penyedut minuman hanya diberikan sekiranya diminta pelanggan.

“Kaunter-kaunter restoran tidak akan meletak penyedut minuman dengan diambil bebas oleh pelanggan.

“Kalau pelanggan nak penyedut minuman, kena minta dan pengusaha restoran baru bagi,” katanya ketika berucap di DUN Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (PH-Pandamaran) yang bertanya adakah kerajaan negeri akan kenakan caj atas penggunaan penyedut minuman.

Hee berkata larangan pemberian penyedut minuman kepada pelanggan juga merupakan hasrat kerajaan persekutuan di mana penyedut minuman tidak diberikan secara automatik.

Beliau juga mencadangkan agar semua rakyat menyediakan penyedut minuman “stainless steel” di dalam beg.

Adun Kajang itu menambah, kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk mengenakan caj kepada pengguna terhadap penyedut minuman.

Bagaimanapun, Hee berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pada masa akan datang kerajaan negeri akan membuat satu kempen yang lebih ketat di mana kemungkinan kompaun dikenakan terhadap pemberian penyedut minuman.

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Mahathir gagal tadbir Malaysia, kata Jho Low selepas didakwa gubah wang haram RM4 bilion

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share