Seorang penuntut universiti swasta hari ini dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan termasuk sebungkus coklat di pasar raya.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menjatuhkan hukuman itu terhadap Rohaiza Fathar, 20, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebungkus coklat, 2 bungkus gula-gula, 7 helai baju dan sebuah beg sandang, yang semuanya bernilai RM559.70 di sebuah pasar raya, pada 1.30 petang, 30 Nov lepas.

Menurut fakta kes, pengadu yang merupakan pengawal keselamatan di pasar raya itu melihat seorang wanita mengambil bungkusan coklat dan memasukkannya ke dalam beg plastik, manakala bungkusan gula-gula dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Pengadu menahan wanita itu dan membawanya ke bilik keselamatan untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat baju dan sebuah beg sandang dalam beg galasnya di mana tertuduh juga gagal menunjukkan bukti pembayaran terhadap semua barangan tersebut.

Terdahulu, remaja itu, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Rohaiza membayar denda tersebut. – Bernama

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Mahathir gagal tadbir Malaysia, kata Jho Low selepas didakwa gubah wang haram RM4 bilion

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share