Empat lelaki termasuk seorang pegawai pengawal keselamatan One City Development Sdn Bhd (One City) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 23 November lalu.

Empat tertuduh itu ialah Pegawai keselamatan One City Development Sdn Bhd, Irwan Nordin, 38; Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, 26; Mohd Khairi Abd Rashid, 24, dan Rozaihan Jamaludin, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mengikut pertuduhan, semua mereka didakwa bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang masih bebas didapati berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu.

Mereka didakwa memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang dalam insiden rusuhan itu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di di kuil berkenaan, di USJ 25, Seafield, antara pukul 2 pagi dan 5 pagi, 26 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

17 Januari 2019 ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Seorang lagi individu yang sepatutnya dituduh mengikut seksyen sama kini berada di hospital.

Mahkamah mengarahkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sementara itu, seorang lelaki, T Thinekaran, 34, mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang individu, K Tanggeswaran, 25, dengan cara menumbuk mangsa di bahagian kening sebelah kiri di tepi jalan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), USJ, di Subang Jaya, jam 4.30 petang, tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam perbicaraan sama, dua lagi tertuduh Mohd Shamis Samsuri dan R Pavethren mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Mohd Shamis didakwa mengikut Seksyen 151 Kanun Keseksaan (Perhimpunan Haram) kerana menyertai perhimpunan haram di hadapan kuil berkenaan pada 28 Nov lalu dihukum dua bulan penjara.

Manakala Pavethren pula berdepan dua pertuduhan dibawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan perintah anggota polis dan peraturan 7 (1A) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mengemukakan kad pengenalan diri.

Pavethren didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Nov dan dikenakan denda RM5,000 bagi kedua-dua kesalahan itu.

Rusuhan di kuil Sir Maha Mariamaman berpunca akibat perbalahan mengenai isu pemindahan kuil itu ke tapak baru.

Kejadian itu mengakibatkan seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, cedera parah dan kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun hari ini memaklumkan yang pihak polis sudah menahan 83 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji

KLIK BACA: Tabung Haji palsukan akaun, dana kurang 4 bilion dari 64 bilion yang dideposit

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share