Rafizi Ramli pemimpin utama yang menyuarakan kepincangan Tabung Haji badan pengurusan ibadah haji umat Islam Malaysia.

Bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli yang mendedahkan isu Tabung Haji sejak 1 Mac 2015 berkata, tindakannya itu membawa dirinya ke penjara dan sehingga kini kes berkenaan masih dibicarakan atas tuduhan memfitnah.

Bagaimanapun, Rafizi bersyukur kerana risiko diambil akhirnya membawa kepada satu tindakan ke atas institusi kewangan Islam itu.

Rafizi berkata demikian selepas Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) membuat aduan polis ke atas beberapa bekas pegawai kanan badan itu, termasuk pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Abdul Azeez Abdul Rahim, serta bekas ketua pegawai eksekutifnya, Ismee Ismail.

Pendedahan Rafizi mengenai Tabung Haji dibuat sejak beberapa tahun lalu dan dia dikecam pelbagai pihak kerana didakwa memfitnah agensi yang sensitif kepada orang Islam di negara ini.

Antara pihak yang mengkritik Rafizi pada ketika itu ialah Jamil Khir Baharom yang menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri pada era BN memerintah.

“Dalam banyak pendedahan saya pernah terlibat, antara sumpah seranah paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji.

“Saya mula mempersoalkan penglibatan dana Tabung Haji dengan 1MDB sejak Mac 2015. Berpuluh-puluh analisis saya mengenai masalah kewangan Tabung Haji selepas Bank Negara mengesahkan rizab Tabung Haji menjadi negatif.

“Saya dikeji secara berterusan, baik dari kalangan penyokong UMNO, PAS mahupun rakyat biasa. Tidak ramai sahabat yang berani datang memberi sokongan kerana takut menjadi mangsa serangan juga,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi berkata, beliau pernah ditahan dan didakwa, malah masih menjalani perbicaraan kononnya memfitnah Tabung Haji.

“Ada pimpinan kanan yang menuduh kononnya saya sudah menyebabkan ribuan umat Islam tidak boleh menunaikan ibadah haji.

Tetapi kini saya dimaklumkan laporan polis sudah dibuat terhadap bekas pengurusan kanan Tabung Haji, termasuk seorang pengurusan kanan yang menjadi saksi utama dalam kes saya di mahkamah.

“Saya hanya berdoa rakyat dan penyokong tegar parti (sama ada PH, Umno atau PAS) lebih terbuka meneliti setiap fakta.

“Jangan ulangi episod Tabung Haji walaupun faktanya jelas, ramai bersekongkol menyembunyikan kerosakan dan menidakkan kebenaran hanya kerana yang membawa fakta itu seorang dari parti lawan.

“Kalau saya sanggup ke penjara sebelum ini (kerana) bersuara mengenai Tabung Haji walau diserang hebat, isya-Allah saya berkemampuan untuk terus bersuara sekarang.

“Jangan kerana pembongkaran itu datang daripada seorang pemimpin parti lawan, fakta yang dibawa ditolak bulat-bulat dan dibalas dengan satu ungkapan mudah: ni semua fitnah.

“Saya akan terus meneliti setiap kes berdasarkan fakta dan ilmu yang ada pada saya. Walaupun sepatutnya tanggungjawab meneliti prestasi kerajaan persekutuan dipikul oleh pembangkang iaitu Umno dan PAS, saya akan tetap meneliti dan bersuara,” katanya.

Pada 8 April 2016 mengaku tidak bersalah menyiarkan tulisan di akaun Facebooknya bertarikh 9 Feb 2016 – kerana didakwa mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji dan boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Sept lalu mahkamah majistret di Kuala Lumpur memerintahkan Rafizi membela diri terhadap tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji, dua tahun lalu.

KLIK BACA: Tabung Haji palsukan akaun, dana kurang 4 bilion dari 64 bilion yang dideposit

KLIK BACA: Seleweng dana Tabung Haji, Asyraf Wajdi pergi mana? soal ARMADA Bersatu

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share