Presiden Amerika Syarikat (AS), George Bush meninggal dunia. – Foto Fox News

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush dilaporkan meninggal dunia pada 30 November pada usia 94 tahun, menurut pengumuman keluarganya.

“Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya dengan dukacita mengumumkan bahawa selepas mengharungi 94 tahun yang luar biasa, ayah kami sudah meninggal dunia,” kata anaknya, bekas presiden George W. Bush dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Twitter oleh jurucakap keluarganya.

“George H.W Bush ialah seorang lelaki yang mempunyai watak dikagumi selain seorang ayah terbaik kepada anak lelaki dan perempuan,” katanya dipetik AFP.

Sementara itu, bekas presiden AS Barack Obama di laman Twitter beliau hari ini mengucapkan takziah atas kematian Bush dan menganggap Amerika kehilangan seorang Patriot.

Bush telah menderita penyakit Parkinson dan telah memaksa beliau untuk menggunakan kerusi roda sejak tahun 2012.

Pada Julai 2015, Bush telah menderita kecederaan leher yang teruk dan beliau menggunakan pendakap leher pada umur 91.

Pada 18 Januari 2017, Bush telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Methodist Houstan, di mana beliau telah diberi ubat pelali untuk prosedur untuk merawat masalah pernafasan akut yang berpunca daripada pneumonia.

KLIK BACA: Seleweng dana YTH untuk orang miskin bagi tujuan politik, Tabung Haji lapor polis

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share