MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke menerima serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 di Putrajaya, hari ini. – Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Waris mangsa tragedi MH370 menyerahkan lima serpihan dipercayai daripada pesawat berkenaan yang ditemui di Madagascar kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Lima serpihan itu ditemui oleh nelayan tempatan sejak Disember 2016 hingga Ogos tahun ini di tiga lokasi berasingan di Madagascar.

Loke berkata, serpihan berkenaan akan diserahkan kepada pasukan penyiasat keselamatan pesawat MH370 untuk dianalisis.

“Kita tidak menutup sebarang kemungkinan jika terdapat bukti baharu. Jika ada sesiapa yang mempunyai bukti meyakinkan, kita terbuka untuk membuka pencarian semula,” katanya kepada pemberita selepas menerima serpihan berkenaan daripada keluarga mangsa pesawat MH370 di sini, hari ini.

Antara serpihan itu ialah panel lantai kapal terbang selain serpihan mempunyai nombor dan label yang masih boleh dibaca.

Sementara itu, dalam sidang media bersama waris, Grace Nathan yang juga anak kepada penumpang, Anne Daisy, berharap pencarian itu dapat diteruskan bagi mendapatkan lebih banyak bukti berkaitan dengan pesawat berkenaan.

“Saya sangat sedih kerana sejak lima tahun lalu, serpihan ditemui oleh orang awam tetapi pihak penyiasatan tidak menemui apa-apa.

“Saya berpendapat, pihak yang berkenaan perlu mengambil inisiatif melakukan pencarian,” katanya. – NSTP

KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share