Larangan memasuki bangunan kerajaan negeri yang sebelum ini dikeluarkan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ditarik balik.

Portal Berita Harian melaporkan perkara itu dimaklumkan menerusi surat pekeliling dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad bertarikh 21 November lalu.

Surat pekeliling yang dikeluarkan itu bertajuk penarikan balik larangan kepada individu-individu yang disenarai hitam dari memasuki kompleks Kota Darulnaim dan pejabat kerajaan negeri.

Kandungan surat berkenaan memaklumkan individu yang disenarai hitam memasuki Kompleks Darulnaim dan pejabat kerajaan negeri ditarik balik.

Bagaimanapun, larangan memasuki istana Kelantan yang sebelum ini dikeluarkan kepada individu yang disenarai hitamkan itu masih tetap berkuat kuasa.

Sementara itu, Nazran ketika dihubungi mengesahkan mengeluarkan surat pekeliling berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, surat itu ditujukan kepada individu yang disenarai hitam termasuk Husam dan Wan Rahim.

Pada Mei lalu, kerajaan negeri mengeluarkan pekeliling larangan terhadap Husam dan Wan Abdul Rahim daripada memasuki jabatan kerajaan negeri.

Pekeliling itu diedarkan kepada lebih 2,000 kakitangan kerajaan negeri dan kedua-dua individu itu turut tidak dibenarkan memasuki enam istana di negeri itu.

KLIK VIDEO: Muhyiddin dedah peguam One City upah ‘orang melayu’ kawal kuil Sri Maha Mariamman

KLIK BACA: Jho Low kaya raya – kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?

KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share