Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik. – Foto Santau Berapi Blog

Pemimpin kanan PAS memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa presiden PKR itu mungkin berdepan “hinaan lebih dahsyat” selepas kali pertama berlaku kira-kira 20 tahun lalu.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata seseorang yang mengkhianati rakan selepas dia diselamatkan tentu akan dihina sekali lagi.

“Ingat, kehinaan kali kedua akan lebih dahsyat daripada kehinaan pertama,” katanya.

Beliau yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang turut menjelaskkan Allah sebelum ini memberikan ruang kepada Anwar untuk berfikir dan mengenali mana satu sahabat dan mana pula musuh tetap beliau gagal mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

“Allah lepaskan DS (datuk seri) seketika agar DS tahu bersyukur kepada-Nya dan berterima kasih kepada teman yang pernah menolongmu pada saat DS kelelahan.

“Namun secarik sinar mentari yang memancar telah melalaikan DS sehingga DS lupa gelap malam yang pernah DS lalui,” katanya di laman Facebook beliau.

Mokhtar berkata demikian sebagai reaksinya terhadap kenyataan Anwar tentang sikap ahli politik dan cendekiawan yang dilihat membisu malah bersekongkol dengan skandal 1MDB.

“Bukan saja pemimpin politik (tapi) sarjana, penjawat awam bukan sekadar membisu, tapi sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.

“Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama.

Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika,” katanya dipetik Malaysiakini dalam ucapan beliau Universiti Malaya pada 23 Nov.

Untuk rekod, pemimpin ulama PAS pernah mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi firma pelaburan terbabit pada 7 Ogos tahun lalu dan berpuas hati dengan pelan rasionalisasi dilakukannya.

Mokhtar menambah PAS berlapang dada dengan hinaan dan sindiran Anwar, malah membiarkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu berbuat sesuka hatinya dan pastinya sikap sombong dan angkuh tidak akan berakhir dengan kebaikan dan kemuliaan.

KLIK BACA: Gambar perkahwinan Agong dengan Ratu Cantik Russia

KLIK BACA: Najib arah keluar maklumat Jho Low dalam laporan audit 1MDB yang disediakan Ketua Audit Negara

KLIK BACA: Saya tegur Jho Low, 1MDB, Najib senyap – Tajuddin Rahman

KLIK BACA: Najib tidak kena tipu Jho Low, penulis buku Billion Dollar Whale jelaskan

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share