Raja Salman menyebelahi putera Mahkota Mohammed dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi. – Foto Reuters

RIYADH: Raja Salman menyebelahi puteranya dan memuji badan kehakiman semalam dalam kenyataan umum pertamanya sejak kritikan terhadap pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi meletakkan negara itu ke dalam antara krisis terburuk.

Pendakwa raya umum, minggu lalu membebaskan Putera Mahkota Mohammed bin Salman daripada terbabit dalam pembunuhan di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, tetapi Agensi Perisikan Pusat (CIA) dilaporkan merumuskan beliau mengarahkan pembunuhan itu.

Pendakwa menggesa hukuman mati ke atas lima lelaki yang ditahan sebelum ini, mengumumkan pendakwaan terhadap 11 lagi, dan berkata keseluruhan 21 individu ditahan berkaitan pembunuhan itu.

“Negara ini diasaskan dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan Islam, dan kami bangga dengan usaha kehakiman, pendakwaan awam dan kami melaksanakan undang-undang Tuhan tanpa diskriminasi,” kata Salman dipetik AFP pada ucapan tahunan kepada Majlis Syura.

Di Arab Saudi, cuma raja mempunyai kuasa menyingkirkan putera mahkota yang berpengaruh itu, yang berhadapan kritikan antarabangsa berhubung pembunuhan itu tetapi menegaskan beliau berulang kali menegaskan tidak berhasrat melakukannya.

Sebelum ini, agensi perisikan Amerika [CIA] menuduh Mohammed Salman mengarahkan pembunuhan Khashoggi.

Semalam, Washington Post menyiarkan sebuah artikel menyoal Arab Saudi kenapa agen mereka membawa masuk gergaji pemotong daging ke dalam kedutaan mereka di Turki di mana tempat berlakunya pembunuhan Khashoggi.

Khashoggi dipercayai disiksa dan dipotong-potong mayatnya dalam pembunuhan kejam yang menggemparkan dunia itu.

KLIK BACA: Najib kena tipu Jho Low – Shafee

KLIK BACA: Isu ICERD selesai, Tun Mahathir kata ‘mustahil’ Umno Zahid dan PAS cuma cari untung politik

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share