Tengku Razaleigh dan Tun Dr Mahathir. – Foto Minaq Jinggo

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan belum dapat menyesuaikan diri sebagai kerajaan yang memerintah di mana ada sesetengah pemimpinnya beranggapan mereka masih ‘orang baharu’ dan berlagak sebagai pembangkang walaupun hakikatnya mereka adalah pemerintah dan berjawatan menteri.

“Begitu juga kita sendiri (UMNO) pun nak sesuaikan diri sebagai pembangkang masih lagi janggal,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu seperti dilapor NSTP.

Tengku Razaleigh yang juga pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, keadaan itu juga jelas apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui tidak dapat menunaikan semua janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14).

“Kalau nak hapuskan tol, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan turun harga minyak amat sukar untuk kerajaan PH berbuat demikian.

“Kita mengakui setengah daripada rakyat menyesal termasuk pelajar universiti hingga mereka bertindak berarak ke Parlimen membuat bantahan terhadap perkara itu.

“Ada kalangan mereka marah seolah kena tipu kerana mereka berharap golongan yang berpendapatan sampai RM4,000, baru kena bayar pinjaman itu. Sekarang ini, kerajaan tetapkan gaji minumun RM1,050 pun sudah kena bayar,” tambahnya.

KLIK TONTON: Video Najib mengaku ditipu Jho Low, skandal 1MDB

KLIK BACA: Najib tidak kena tipu Jho Low, penulis buku Billion Dollar Whale jelaskan

TERKINI: Tun Mahathir: Biar SPRM siasat ‘anak menteri’ beri projek kementerian

TERKININajib, Razak Baginda dipanggil SPRM kes Scorpene

KLIK BACA: Kita semua ahli Umno kena tipu, kata Khairy berkenaan kes Najib, 1MDB

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share