Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari parti AMANAH negara. – Foto Sinar Harian

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Kementerian Kesihatan tegas menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan bermula Januari depan, meskipun terdapat bantahan pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara yang tidak berpuas hati dengan peraturan larangan merokok sepenuhnya.

“Saya faham apa yang mereka nyatakan, tetapi kita mendahulukan kepentingan awam dan tidak bersedia untuk berkompromi dalam hal ini.

“Ini adalah kepentingan yang kita perjuangkan dan perokok perlu mencari tempat lain untuk merokok.

“Tempat makan awam adalah lokasi orang ramai ingin menikmati makanan tanpa dicemari asap rokok,” katanya dipetik portal NSTP.

Nota Ana Ghoib: Sebagaimana janji PRU14 PH yang berubah sekelip mata dimungkiri – begitu jugalah watak menterinya yang dahulu ketika menjadi pembangkang membela rakyat kelihatan memijak semut pun tak mati.

Mengenangkan betapa gopoh dan bangangnya kerajaan BN ketika berkuasa sentiasa mahu mencipta undang-undang yang remeh menghimpit hidup rakyat kini kerajaan PH pun mengulangi langkah sama.

Hidup jadi tidak ‘sempoi’ lapang menyenangkan dengan undang-undang yang bersepah. Bayangkan hisap rokok denda 10 ribu?

Sudah papa kedana sungguhkah kerajaan PH mahu mencari duit cara mudah seperti kerajaan BN mencari duit melalui saman kamera trafik.

Jika seorang menteri Bersatu kata budak-budak pinjam PTPTN kereta 600 sebulan mampu bayar tapi hutang PTPTN 90 sebulan tak boleh? Bunyinya menteri ini bercakap ikut ukuran baju ‘suit’ ‘tie matching’ dan kasut leather yang dia pakai selepas jadi menteri atau ringkasnya amboi senangnya ‘cakap ikut tekak’.

Kini seorang pemikir seperti Dr Dzulkefly pula yang kedengaran sombong menggunakan perisai undang-undang mempertahankan bukan perokok?

Mudahnya orang marah jika, Selangor kena beli plastik 20 sen untuk elak pencemaran tapi duit itu tidak pula diberi kepada kerajaan negeri untuk membersihkan sungai Klang misalnya untuk apa? Kemudian terus denda perokok 10 ribu tapi tidak disediakan tempat merokok…kau apa hal suci sangat tak hisap rokok.

Janganlah gopoh nak menunjuk sangat depan Tun Mahathir kononnya kita ini buat kerja tapi cakap tak fikir dua kali – berbeza dengan zaman tak ada kuasa.

Dr Dzul bekas ulama PAS ini bukan tak tahu ayat KHAMAR atau arak di dalam Al Quran diturunkan beransur-ansur bukan gopoh terus diharamkan tanpa tolak ansur.

Baik terus buat LAW macam TALIBAN jangan jual rokok, jangan kencing dalam lif, jangan pakai minyak atar busuk, jangan makan chewing gum dan bermacam jangan lagi biar Malaysia lebih hebat dari Singapura.

Bagus lagi jika semua kesalahan mesti denda bayar dengan duit ribu-riban, baru Malaysia makmur kaya dan menteri terus bergaya lupa sikap ’empati’ sadar diri berfikir untuk dua sisi.

Cuba Dzul sebagai doktor seperti Tun M yang suka meredakan keadaan – bergurau menyatakan kesediaan menaja dengan wang sendiri klinik berhenti merokok – seperti Guan Eng berkorban memberi wang jaminan 1 juta kes beliau sebagai biasiswa. [Bukankah menteri PH semua sudah kaya sekarang?]

Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib – Orang sombong kita kenal dari cakapnya dan untuk makluman rokok itu HARAM sangat bahaya untuk kesihatan. Berhentilah man-man mulai sekarang atau denda 10 ribu kerajaan PAKARTOON jika sanggup tunggu PRU15 Manifesto BN tawar denda cuma 10 ringgit sahaja. – Amin

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

TERKINI: Rosmah, Rizal dituduh minta rasuah RM187 juta, terima RM1.5 juta projek solar di sekolah Sarawak

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share