Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan beberapa pemimpin Umno terutamanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Nazri Aziz yang merupakan penyokong kuat bekas bos mereka Datuk Seri Najib Tun Razak, di ruang menunggu Parlimen telah mencetuskan spekulasi.

Sebelum ini sebuah video tular di media sosial menunjukkan Anwar berbual dengan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Parit Sulong dan Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad, dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menjadi tular di media sosial.

Klip berdurasi 49 saat menunjukkan Hishammuddin, Anwar dan Nazri bergelak ketawa dan bersenda gurau antara mereka turut menjadi perhatian.

Beberapa orang cuba menggambarkan video itu secara negatif dengan mendakwa ahli Parlimen terbabit ingin melompat parti, namun Nazri dilapor portal The Star menafikannya dan berkata, tiada apa-apa yang perlu ‘dibaca’ daripada gambar dan video tersebut.

Untuk rekod, Anwar, Nazri dan Hishammuddin kesemuanya adalah orang bawahan Dr Mahathir sebelum era pemerintahan kerajaan Najib.

Nazri dan Ahmad Maslan pula baru-baru ini mengakui mereka menyokong Anwar segera menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir.

Manakala Zahid pula dilapor portal The Malaysian Insight menyindir ‘orang Port Dickson’ akan mengaruk kalau tak dapat jadi PM. Beliau dipercayai merujuk kepada Anwar yang menunggu Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan PM selepas dua tahun.

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

TERKINI: Rosmah, Rizal dituduh minta rasuah RM187 juta, terima RM1.5 juta projek solar di sekolah Sarawak

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share