Gambar diambil dari Badan Penyiaran Arab Saudi (SBA) menunjukkan Timbalan Pendakwa Raya Saudi Shalaan al-Shalaan menyampaikan ucapan di Riyadh, di mana beliau membebaskan Putera Makhota Mohammed bin Salman dalam kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, dan memohon hukuman mati bagi lima pegawai yang dituduh. – Foto AFP

RIYADH: Lima pegawai Arab Saudi berdepan hukuman mati kerana membunuh wartawan Jamal Khashoggi dan mengerat mayatnya di dalam konsulat kerajaan itu di Istanbul.

Bagaimanapun, Putera Mahkota, Putera Mohammed Bin Salman dilepaskan, kata pendakwa raya hari ini.

Pengumuman itu dibuat selepas antarabangsa mengutuk pembunuhan kolumnis Washington Post dan pengkritik pemerintah Saudi itu.

Beliau kali terakhir dilihat memasuki konsulat pada 2 Oktober lalu untuk mendapatkan dokumen perkahwinannya.

Khashoggi mati selepas diberi sejenis dadah kemudian dikerat, kata jurucakap pejabat pendakwa raya dalam pengesahan pertama Arab Saudi mengenai bagaimana dia dibunuh.

Bahagian tubuh wartawan itu kemudian diserahkan kepada ejen di luar kawasan konsulat, kata jurucakap itu.

Beliau turut menafikan sebarang pembabitan Putera Mohammed dengan pembunuhan itu.

Timbalan ketua perisikan Arab Saudi, Jeneral Ahmed al-Assiri, mengeluarkan arahan untuk menghantar pulang Khashoggi dan ‘ketua pasukan rundingan’ yang terbang ke konsulat Istanbul mengarahkan pembunuhannya, kata jurucakap itu.

Selepas berulang kali membuat penafian, pada pertengahan Oktober lalu, Arab Saudi akhirnya mengakui Khashoggi dibunuh di kawasan itu. Setakat ini 21 individu ditahan berhubung pembunuhan itu.

Turki, Rabu lalu mendesak siasatan antarabangsa dijalankan ke atas pembunuhan itu.

Ankara setakat ini sudah berkongsi rakaman suara berkaitan pembunuhan itu dengan beberapa negara termasuk Arab Saudi, Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya. – AFP

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

TERKINI: Rosmah, Rizal dituduh minta rasuah RM187 juta, terima RM1.5 juta projek solar di sekolah Sarawak

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share