Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di mahkamah dengan diiringi anggota SPRM. – Foto The Malaysian Insight

Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 2 pertuduhan menerima RM3 juta daripada 2 pemaju hartanah berhubung transaksi tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menerima RM1 juta daripada pemaju Datuk Tan Eng Boon yang didakwa memberi rasuah dan bersubahat dengan ahli Parlimen Putrajaya itu.

Tan turut didakwa di mahkamah hari ini.

Tengku Adnan dikatakan mendapat sekeping cek dan memasukkannya ke akaun banknya, walaupun beliau tahu Nucleus Properties Sdn Bhd – kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd – mempunyai hubungan kerja rasmi untuk menambah nisbah plot bagi projek pembangunan sebidang tanah di Jalan Semarak.

Bendahari agung Umno itu didakwa melakukan kesalahan itu di Bank CIMB cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27 Disember 2013.

Bagi pertuduhan ke-2, Tengku Adnan didakwa menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan, Cai Kin Kong melalui sekeping cek daripada Aset Kayamas Sdn Bhd, walaupun beliau tahu Aset Kayamas, Sinerjuta Sdn Bhd, Fiber Vista Sdn Bhd, Era Ecoland Sdn Bhd, Garuda Searah Sdn Bhd dan Ujana Mutiara Sdn Bhd berurusan dengan kementeriannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.

Tengku Adnan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang menyatakan ia adalah kesalahan untuk penjawat awam menerima barang berharga tanpa pertimbangan.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya.

Beliau turut berdepan satu pertuduhan pilihan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hakim kemudian menetapkan ikat jamin RM1 juta dengan 2 penjamin terhadap Tengku Adnan dan mengarahkan beliau menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ini ditetapkan pada 12 Disember nanti.

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

TERKINI: Rosmah dituduh minta rasuah RM187 juta, terima RM1.5 juta projek solar di sekolah Sarawak

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share