Rosmah Mansor didakwa minta dan terima rasuah dalam kes penyelewengan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah di Sarawak. – Foto Sinar Harian

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

Rosmah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Beliau didakwa meminta suapan berjumlah RM187,500,000 iaitu 15 peratus daripada nilai kontrak daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Ia sebagai dorongan untuk membantu Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1,250,000,000.00 [RM1.25 bilion] secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini, antara Mac dan April 2016.

Jepak Holdings dilantik pada akhir 2016 untuk membekalkan diesel dan menyelenggara generator, serta membekalkan sistem hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Bagaimanapun, tiada sekolah yang mempunyai sistem itu sehingga kini.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di No 11 Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada 7 September 2017.

Bagi kedua-dua perbuatan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.

Mahkamah membenarkan Rosmah diikat jamin RM1 juta dan membayar RM500,000 hari ini, manakala selebihnya dibayar dalam tempoh tujuh hari.

Mahkamah juga menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan semula.

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

TERKINI: Rizal Mansor didakwa minta terima rasuah untuk Rosmah

TERKINI: Tengku Adnan berdepan hukuman penjara 2 tahun

KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share