Zaibo meninggal dunia akibat penyakit kanser esofagus. – Foto URTV

Pelakon dan pelawak berbakat besar Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Zaibo meninggal dunia pada usia 62 tahun hari ini akibat penyakit kanser.

Memetik Persatuan Seniman Malaysia atau Seniman, isteri arwah, Siti Hawa Sawal berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 1.30 petang di kediaman mereka di Batu Pahat, Johor.

Zaibo disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat pada tahun ini.

Semasa hayatnya, Zaibo banyak membintangi drama dan filem termasuk dari luar negara dengan membawa pelbagai watak yang mencuit hati serta meninggalkan kesan kepada penonton.

Antara karya yang pernah dilakonkan adalah drama Spanar Jaya, Under One Roof (drama Singapura) dan filem Anna And The King, Magika, dan Awan Dania the Movie.

Jenazah allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di kediamannya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor selepas solat Isyak.

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Tengku Adnan, Rosmah dan Rizal dipanggil SPRM kes seleweng projek solar, jual tanah DBKl

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share