Arab Saudi untuk menghentikan pengeluaran visa Haji dan Umrah untuk warga Palestin yang berada di Jordan, Lubnan, Baitulmaqdis Timur serta rakyat Palestin yang tinggal di Israel. – Foto Reuters

JAKARTA: Arab Saudi melarang hampir tiga juta rakyat Palestin yang memiliki pasport sementara Jordan dan negara sekitar daripada mengerjakan Haji dan Umrah, dengan menghentikan pengeluaran visa untuk rakyat negara itu.

Tempo.com melaporkan, tindakan itu adalah sebahagian daripada dasar baharu Arab Saudi untuk menghentikan pengeluaran visa Haji dan Umrah untuk warga Palestin yang berada di Jordan, Lubnan, Baitulmaqdis Timur serta rakyat Palestin yang tinggal di Israel yang memiliki dokumen perjalanan sementara yang dikeluarkan oleh Jordan atau Lubnan.

Dasar baharu itu mulai berkuat kuasa 12 September lalu seperti yang dilaporkan Mata Media Asia barat, semalam.

Tindakan Arab Saudi ini bakal memberi kesan kepada 2.94 juta rakyat Palestin di semua negara terbabit yang tidak mempunyai akses kepada dokumen perjalanan lain untuk membolehkan mereka masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji dan Umrah di kota Makkah serta Madinah seperti yang dilakukan umat Islam yang lain setiap tahun.

Menurut sumber kerajaan Jordan, keputusan Arab Saudi itu dikatakan sebahagian daripada perjanjian dua hala dengan Israel dalam usaha untuk menghapuskan identiti kewarganegaraan rakyat Palestin dan hak mereka untuk kembali ke negara asal.

“Arab Saudi sedang menekan Jordan agar dapat menyesuaikan diri dengan pelarian Palestin di Jordan, Baitulmaqdis Timur dan kini mereka yang berada di Israel, sama seperti di Lubnan, secara tidak langsung mereka tidak akan berdepan masalah dengan pelarian ini,” kata sumber itu.

Seorang ahli parlimen Jordan, Saud Abu Mahfouz berkata, mereka sudah meminta Menteri Dalam Negeri dan Menteri Wakaf Jordan agar menghantar satu jawatankuasa ke Riyadh untuk berunding berhubung perubahan dasar itu dan meminta agar Raja Salman campur tangan.

“Keputusan ini memberi kesan kepada setiap orang Arab dan Islam yang mempunyai hak untuk beribadat. Kami sudah mendengar aduan berhubung perkara ini sejak tahun lalu dan kami terkejut apabila mendapati hampir 200 syarikat agensi pelancongan di Jordan tidak dapat mengeluarkan visa elektronik untuk jemaah Palestin yang ingin mengerjakan Umrah dari kedutaan Arab Saudi,” kata Abu Mahfouz. – Agensi

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…

KLIK BACA: Umno tak pernah kalah, kalah kerana menyeleweng kini dipandang jijik semua kaum di M’sia, kata Tun Mahathir

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share