KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan kepada rakyat bahawa sistem demokrasi yang dicalarkan oleh kerajaan terdahulu akan dipulihkan kembali bagi memberikan keyakinan semula kepada mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prinsip kerajaan PH menuju ke arah itu untuk mengasingkan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman, bukannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan terdahulu.

“Kita (kerajaan) akan hormati pemisahan kuasa antara ketiga-tiga itu, bukannya seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu yang tidak berbuat demikian sehingga bebas daripada segala undang-undang,” katanya.

“Kuasa yang akhirnya akan menentukan adalah kuasa kehakiman yang bebas pengaruh pihak tertentu yang dahulunya mereka tidak dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika berucap pada majlis mesra bersama kepimpinan PH Kelantan, di sini, hari ini.

Lebih 1,000 pemimpin PH hadir pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, perdana menteri yakin PH akan berjaya menawan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan kepada sambutan rakyat negeri ini terhadap kerajaan kini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu memberi sokongan kepada kerajaan PH demi negara agar tidak berulang kecurangan yang berlaku seperti sebelum ini.

Beliau berkata, erti sebenar demokrasi adalah memberikan kebebasan sebenar kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan dan ia terbukti pada pilihan raya umum Ke-14 lalu apabila rakyat memilih kerajaan yang baru.

Selain itu Dr Mahathir berkata, kerajaan juga berjanji untuk terus mengabdikan diri kepada rakyat dan berharap segala usaha ke arah kebaikan akan berhasil.

Beliau percaya keikhlasan kerajaan untuk berbakti kepada rakyat akan dinilai dengan sebaik mungkin.

Mengenai janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan, Dr Mahathir yakin rakyat dapat memahami keadaan sebenar apabila kerajaan kini terpaksa berjimat cermat dalam soal kewangan berikutan hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. – Bernama

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…

KLIK BACA: Umno tak pernah kalah, kalah kerana menyeleweng kini dipandang jijik semua kaum di M’sia, kata Tun Mahathir

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share