Tun Dr Mahathir meski bergurau sepatutnya beliau sudah meninggal dunia atau mati, namun mungkin merasa sayu terpaksa bekerja lagi demi negara pada usia lanjut. – Foto Sinar Harian

Menjadi Perdana Menteri dalam usia 93 tahun dan terpaksa menyelesaikan beban kerosakan kepada negara yang ditinggalkan oleh Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad mengakui tugasnya kali ini adalah memenatkan.

Kata beliau, antara cabaran besar yang dihadapinya kini ialah berdepan tekanan daripada China dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah hutang negara.

Kedua-dua tugas itu, tambah Tun Mahathir, lebih memenatkan berbanding kali pertama beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Ia meletihkan, kali ini, saya perlu buat kerja lebih banyak daripada sewaktu pertama kali jadi Perdana Menteri. Jentera kerajaan seluruhnya hampir musnah,” kata Tun Mahathir lagi.

Dalam nada berseloroh, di ketika usianya melebihi 93 tahun sekarang, “”Saya sepatutnya sudah meninggal dunia sekarang,” selorohnya dalam satu temu bual bersama AFP pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, penulis buku politik dan blogger terkenal Shahbudin Husin menulis sambil mengharap Tun Dr Mahathir tidak pergi dahulu.

“Tun M jangan pergi dulu….majoriti rakyat Malaysia masih mengharapkan kebijaksanaan Tun untuk memulihkan negara ini dan mengembalikannya ke landasan yang boleh dibanggakan semula dan setiap langkah dan usaha Tun sentiasa diiringi doa rakyat yang cintakan negara ini,” tulis Shahbudin di blog beliau.

Nota Ana Ghoib: Eloklah kita berjaya mematikan NAFSU-NAFSI pemimpin politik terdahulu untuk memperkaya diri pada jalan salah.

Dibandingkan dengan kejahatan jenayah kewangan mereka dan kemewahan yang diraih serta kenyataan-kenyataan mereka bersama kuncu-kuncunya yang memperbodohkan rakyat terang-terangan maka elok dan layak benarlah mereka yang terbabit ini dihukum penjara sebagai balasan di dunia – semoga insaf. – Susunan risalah @Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: Anwar tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Umno tak pernah kalah, kalah kerana menyeleweng kini dipandang jijik semua kaum di M’sia, kata Tun Mahathir

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share