Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau ada menyuruh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO kerana parti itu dianggap sudah tiada.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata UMNO kini hanyalah badan berdaftar yang tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

“Secara benar, sudah tiada UMNO cuma satu badan, prinsip perjuangannya sudah tidak ada. Apa perlunya ahli UMNO kekal dalam parti yang sudah tinggal perjuangannya, yang utamakan duit, ‘cash is king’?

“Sebab itu, UMNO yang semacam itu perlu dibubar,” katanya dalam rakaman video temubual yang dimuat naik di media sosial BERSATU, hari ini.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden UMNO Zahid Hamidi sebelum ini bahawa beliau diminta membubarkan UMNO dan menyertai BERSATU.

Perdana Menteri berkata, UMNO yang dipandang tinggi sebelum ini kini dipandang jijik oleh semua kaum di negara ini.

“Dulu, UMNO tidak pernah kalah. UMNO kalah sejak menyeleweng disebabkan pemimpin mengutamakan duit daripada perjuangan,” katanya.

KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…

Dr Mahathir, ahli UMNO yang berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu membuktikan mereka sudah ‘taubat’ daripada tabiat buruk dalam parti tersebut.

Perdana Menteri itu berkata BERSATU akan menerima ahli UMNO yang disenangi atau sudah diteliti pelakuannya.

BERSATU akan menapis kemasukan dan tidak akan menerima individu, yang masih berpegang kepada niat masuk parti politik untuk mendapat peluang dan jawatan.

“Kalau sekarang ini, sesiapa yang ingin menyertai parti BERSATU, mereka mesti buktikan sudah tidak terikat lagi dengan UMNO, mereka menyokong tindakan baik yang dilaksanakan BERSATU.

“(Buktikan) Mereka bukanlah boleh masuk sebagai satu kumpulan besar, yang berniat untuk menguasai atau BERSATU.

“BERSATU tidak boleh dikuasai sesiapa kerana BERSATU dikuasai perjuangannya,” katanya mengulas penolakan ahli BERSATU menerima kemasukan beramai-ramai ahli UMNO kerana bimbang budaya buruk UMNO diserap ke dalam BERSATU.

“Ahli UMNO perlu bertindak menyingkirkan pemimpin yang sudah menyeleweng dipengaruhi wang, ‘cash is king’, mereka yang tidak keluar parti dan kekal dalam UMNO maka akhirnya kelakuan mereka tidak disenangi dan disukai rakyat. Rakyat tolak mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata ramai ahli UMNO perlu keluar parti ketika krisis pentadbiran berlaku sebelum ini, jika benar mereka berpegang kepada kepada prinsip perjuangan UMNO.

Bagaimanapun, dakwanya, ramai ahli UMNO terpengaruh dengan wang yang mudah sehingga sanggup menjual perjuangan UMNO.

“Perjuangan UMNO bukan untuk orang tertentu seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein atau saya sendiri tetapi perjuangan UMNO adalah untuk bangsa, agama dan negara.

“Tetapi bila kita lihat perjuangan puak tertentu untuk menyelamatkan pemimpin, sehingga tidak mahu pedulikan pemimpin yang buat perkara tidak baik, ketika itu beliau bukan UMNO lagi,” katanya.

Dr Mahathir mengakui BERSATU diterokai, dimula, didaftar oleh bekas ahli UMNO dan beberapa pemimpin-pemimpin UMNO yang lurus, bersih serta kecewa dengan pentadbiran regim lalu.

Dr Mahathir berkata ahli Umno perlu membuang sentimen ‘tidak tahu’ dengan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Satu perkara mustahil mereka tidak tahu, satu dunia sudah tahu. Kalau betul-betul mereka tidak tahu, ini bermakna mereka tidak ambil berat dalam perjuangan parti mereka.

“Saya tidak boleh terima dakwaan kononnya mereka masih percaya duit yang banyak itu diberi oleh orang Arab, RM2.6 bilion. Saya minta RM100 pun tidak dapat. Apa yang Najib buat sampai Pak Arab baik sangat bagi duit begitu banyak? Tidak masuk akal.

“Yang masuk akal ialah, dia (Najib) curi duit 1MDB. Tetapi ada ahli UMNO, rupanya tidak tahu. Kalau orang macam ini kekal jadi ahli UMNO, dia tetap akan merosakkan UMNO. Dan kalau orang macam ini masuk BERSATU, dia akan rosak parti BERSATU,” jelasnya.

KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share