Mahkamah Sesyen Kangar hari ini, mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan kes dipercayai mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.

Waran itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Abu Hassan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail membuat permohonan tersebut.

Bagaimanapun Peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim yang mewakili Shahidan membantah pengeluaran waran tersebut kerana anak guamnya yang berada di luar kawasan itu dan beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenainya lebih awal.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan memohon semula kepada mahkamah untuk membatalkan waran tangkap tersebut.

Dalam perkembangan sama hari ini, berdasarkan status Facebook yang dimuat naik oleh Shahidan, Ahli Parlimen Arau itu kini berada di Tanah Suci kerana menunaikan ibadat umrah.

Baru-baru ini tular dakwaan Shahidan mencabul seorang gadis berusia 15 tahun yang merupakan ahli kumpulan buskers yang ditaja oleh beliau.

Shahidan walau bagaimanapun menafikan perbuatan yang didakwa dilakukan pada 21 Oktober lalu itu, malah laporan polis terhadapnya oleh remaja tersebut telah ditarik balik dan bapa remaja itu turut menyatakan bahawa keluarga mereka telah memaafkan perkara tersebut.

Ahli Parlimen Arau berkata dia mahu menyampaikan sumbangan kepada kumpulan busker yang dianggotai gadis itu tetapi terpaksa dilakukan dalam kenderaannya kerana dia “tak berapa boleh berjalan”.

Menurut polis, ahli Parlimen itu meminta gadis itu bertemunya dalam kenderaan Toyota Harrier berdekatan tempat latihan diadakan “untuk berbual”.

Guru yang menjalankan latihan itu membawanya ke kenderaan itu dan pembantu ahli Parlimen itu membawanya memasuki kereta di bahagian tempat duduk wakil rakyat itu.

Menurut polis, ahli Parlimen dan gadis itu berduaan dalam kenderaan itu. Satu laporan polis dibuat pada 2.50 pagi (21 Oktober) tetapi ditarik balik pada 10.30 pagi.

Kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Di bawah Seksyen itu, mana-mana individu yang bertujuan melakukan seks dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan, dilapor mendakwa wujud cubaan ‘menutup’ satu kes cabul remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang kenamaan.

Sanjeevan mendakwa remaja perempuan itu dicabul Ahli Parlimen berkenaan dalam sebuah kereta di Kangar, Perlis, 20 Oktober lalu. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share