Tun Dr Mahathir menjawab isu Gani Patail tidak mendakwa Musa Aman semasa menjadi Peguam Negara di era Najib Razak. – Foto Straits Times

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai alasan mengapa tidak mendakwa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkait kes rasuah pada 2012.

Perdana Menteri berkata, beliau juga percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus memberi penjelasan kenapa Musa tidak didakwa dahulu.

“Saya rasa ada sebab bagi beliau (Gani) dan saya rasa kita akan melihat sedikit penjelasan akan dibuat dan mungkin bukan dari beliau (Gani) sendiri, tentang situasi sebenar ketika itu, ketika perkara itu berlaku.

“Biarpun jika anda memberi penjelasan, ia tidak akan banyak membantu, pihak lain yang perlu jelaskan, SPRM yang perlu jelaskan mengapa pada waktu itu tiada pendakwaan dilakukan,” katanya seperti dilapor NSTP.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa Abdul Gani memberi penjelasan mengapa beliau tidak mendakwa Musa.

Katanya, adakah Abdul Gani tidak mendakwa Musa kerana beliau takut dengan Musa atau bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

“Atau adakah Abdul Gani mempunyai kaitan dengan Musa? Abdul Gani mesti menjelaskan keputusannya dan melenyapkan syak wasangka terhadap beliau,” katanya dalam kenyataan semalam.

Musa didakwa di mahkamah pada Isnin lalu dan berdepan 35 pertuduhan rasuah kerana didakwa menerima RM253 juta rasuah berkaitan kontrak pembalakan.

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share