Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, apa yang berlaku pada masa lalu adalah sejarah dan pentadbiran baharu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun.

“Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan kerajaan terdahulu. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk tidak mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang sama,” katanya kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

Daim berkata, kerajaan harus berusaha untuk memulihkan keyakinan di kalangan pelabur untuk menarik mereka kembali ke negara ini.

Beliau berkata, 9 Mei menyediakan peluang keemasan kepada Malaysia di mana setiap orang secara bersama menentang kleptokrasi dan berjuang untuk kebebasan bersuara, keadilan untuk semua, ketelusan dan akauntabiliti.

Daim menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya, yang bekerja keras untuk mereformasi ekonomi, yang merupakan perkara paling penting untuk dilakukan sekarang.

“Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati bahawa perbendaharaan itu kosong.

“Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia akan mengambil masa,” katanya.

Ahli perniagaan kelahiran Kedah, ahli politik dan bekas Menteri Kewangan yang bersara 20 tahun yang lalu itu ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2019, beliau berkata, ia sejajar dengan perjalanan Malaysia baharu. – Bernama

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share