Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan ‘tahniah’ kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan tindakan agensi penarafan antarabangsa, Moody’s yang menurunkan penilaian Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada negatif berbanding stabil sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kemungkinan besar penarafan kredit negara juga akan dipengaruhi.

“Inilah dia hasil kecekapan menguruskan kewangan negara, dan langkah-langkah bijak yang diambil dalam Belanjawan 2019 seperti menjarah Petronas untuk bayar dividen tinggi bagi tampung kekurangan hasil,” katanya melalui laman Facebook beliau, malam ini.

Najib turut menyuarakan kebimbangan tentang apa yang bakal berlaku sekiranya harga minyak jatuh di pasaran dunia memandangkan penilaian negatif yang diberikan terhadap Petronas berlaku dalam situasi harga minyak tinggi dan stabil.

Bekas Menteri Kewangan itu seterusnya mempersoalkan sama ada Malaysia mempunyai penampan sekiranya berlaku krisis harga minyak sekali lagi.

Najib berkata sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak dengan mempelbagaikan sumber, selaras dengan keperluan semasa dan sejajar dengan arus perkembangan ekonomi dunia.

“Tetapi kerajaan PH nak kembali ke zaman lama pula. Tak pernah dibuat orang,” tegasnya.

Untuk rekod, Najib semasa berkempen PRU14 pernah mengungkit zaman lama kekayaan anak bekas perdana menteri masa itu Tun Dr Mahathir yang didakwanya mendapat berbilion nilai kontrak Petronas.

Ironi, kekayaan anak-anak Dr Mahathir namun rasionalnya mereka menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan orang berbanding 1MDB yang hanya mempunyai 4 pekerja serta terus berhutang tanpa menjana apa-apa keuntungan namun berterusan membayar hutang. – Majalah Review Malaysia – MRM

Nota Ana Ghoib: Bayangkan jika rakyat Malaysia menolak idea kereta elektrik Tun Mahathir sedangkan rizab minyak Petronas semakin susut mungkin bertahan kurang dari 15 tahun sebelum negara menjadi pengimport minyak sepenuhnya.

Kegagalan Proton yang ‘obvious’ disebabkan lambakan kereta import akibat penjualan AP oleh kroni Umno ditambah kutukan ‘absurd’ rakyat Malaysia sendiri terhadap kenderaan tersebut seolah-oleh tiada hari esok.

Apakah kegagalan kali pertama membuat kita enggan bangkit lagi mencipta peluang baru dengan berterusan menyalahkan Tun Mahathir?

Kebergantungan kepada minyak akan meranapkan Malaysia jika tiada ‘vision’ untuk mencipta kereta elektrik sedangkan Singapura pada minggu lepas dengan cepat mengumumkan projek mereka yang diketahui memintas hasrat Tun Mahathir – tetapi di Malaysia rakyatnya masih pesimis rendah diri. [aka Bodoh]

Bayangkan lagi jika stesen janakuasa elektrik menggunakan kuasa diesel dan minyak sawit [jimat] dibangunkan di seluruh Malaysia untuk menjadi hentian mengecas kenderaan elektrik seperti Ford Tesla.

Berapa ramai yang mendapat projek dan pengguna dapat berjimat jika harga petrol melambung?

Itulah penampan sumber baru yang Najib tidak nampak tetapi macainya lebih percaya dan dengkikan kekayaan anak Tun Mahathir dari melihat visi masa depan untuk diri sendiri dan negara.

Hapus subsidi, mencukai GST, jual aset dan bikin filem ‘REAL’ rompakan yang benar-benar berlaku – tahniah Najib dan Riza Aziz.  – Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib.

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share