Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu menjelaskan mengapa beliau tidak mendakwa Tan Sri Musa Aman atas tududan rasuah seperti yang dihadapi pada masa ini.

Pemimpin DAP, Lim Lip Eng berkata, Datuk Seri Gopal Sri Ram sendiri terkejut kerana Abdul Gani tidak mengarahkan pendakwaan ke atas Musa pada 2012.

“Menjadi tanggungjawab Abdul Gani untuk menjawab dan menjelaskan isu berkenaan kepada masyarakat,” kata Lip Eng dalam kenyataannya yang dipetik Malay Mail.

Pihak pendakwaan mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu yang berdepan 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri itu berjumlah AS$63,293,924 (RM263,460,962.313), walaupun siasatan kes itu telah ditutup sebelum ini.

Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan untuk mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, kes itu telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah) untuk beberapa waktu.

Sementara itu, Musa Aman yang didakwa semalam memberi alasan kes rasuah beliau ditutup susulan penjelasan Nazri Aziz di parlimen bahawa wang RM40 juta di bawa oleh Michael Chia yang dirampas polis Hong Kong adalah wang untuk Umno Sabah yang tidak digunakan untuk kepentingan peribadinya.

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share