Rosmah Mansor ditemani Najib Tun Razak dan anaknya, Ashman ke mahkamah bagi sebutan 17 kes pertuduhan pengubahan wang haram dan tidak mengisytihar pendapatan. – Foto Roy Aziz/Utusan

KUALA LUMPUR 8 Nov: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, 67 tahun, tiba kira-kira pukul 9:00 pagi bagi menghadiri prosiding sebutan kes di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta.

Rosmah didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarkan kemasukan wang berjumlah lebih RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan. [LHDN]

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang, di sini dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah Mansor dan Jho Low – Foto tangkap layar portal berita The Malaysian Insight

Media melaporkan sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau DOJ mengesahkan bahawa Rosmah Mansor telah memeriksa seutas rantai dengan permata merah jambu pada tahun 2013 sebelum pembeliannya dilakukan.

Isteri bekas Perdana Menteri itu disahkan memeriksa barangan kemas tersebut bersama suaminya, Najib Razak dan Jho Low yang melakukan pembayarannya.

Perkara ini dinyatakan DOJ dalam kertas pertuduhan keatas Jho Low di Mahkamah Daerah Timur New York semalam bersama dua lagi pegawai daripada Goldman Sachs yang didakwa aats tuduhan penggelapan dana 1MDB.

DOJ sebelum ini turut mendakwa barangan kemas itu dibeli dengan menggunakan dana songlapan daripada 1MDB yang kemudian seringkali diakui oleh Najib sebagai derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi dan dipulangkan semula sejumlah AS$620 juta daripada jumlah asal yang diterimanya sebanyak AS$681 juta.

Namun ketika ditemubual dalam program 101 East Al Jazeera minggu lalu, Najib menyatakan rantai dengan permata merah jambu yang berharga AS$27.3 juta itu adalah hadiah daripada seorang Putera Raja Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada isterinya.

Beliau menamakan Putera Raja berkenaan sebagai Sheikh Mansour Zayed, Timbalan Perdana Menteri UAE merangkap Naib Pengerusi UAE’s International Petroleum Investment Company.

Persoalan yang timbul jika ianya hadiah daripada Sheikh Mansour, kenapa Najib, Rosmah dan Jho Low yang datang memeriksanya barang kemas tersebut.

Perkara tersebut hanya akan diketahui semasa perbicaraan Rosmah Mansor secara rasmi di mahkamah kelak. – @Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share