Adakah PM menanti Anwar Ibrahim sedia memberi Tun Dr Mahathir peluang menjadi Perdana Menteri lebih dari dua tahun. – oto mStar

oleh Shahbudin Husin

Untuk kesekian kalinya, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi ketetapannya bahawa beliau hanya menjadi Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun saja.

“Saya telah berjanji akan meletakkan jawatan. Saya akan pegang janji itu. Adakah anda ingat ada sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya. Saya satu-satunya diktator yang meletak jawatan,” katanya.

Tambah Tun Mahathir lagi, sebaik meletakkan jawatan nanti, beliau akan menyerahkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk menggantikannya.

Bagaimanapun, katanya, jika Anwar sedia memberi laluan lebih lama kepadanya menjadi Perdana Menteri, maka dapatlah beliau memegang jawatan itu sehingga dua tahun setengah lamanya.

“Kalau dia (Anwar) izin dua tahun setengahlah (jadi Perdana Menteri),” kata Tun Mahathir berseloroh sambil melirik kepada Anwar yang duduk di sebelahnya dalam satu sidang media tempohari.

Daripada reaksi Tun Mahathir kali ini, meskipun nampaknya tetap berpegang kepada janji untuk hanya menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja, tetapi beliau juga tiada masalah untuk memegang jawatan itu dalam tempoh yang melebihi dua tahun.

Ia tentunya jika usaha-usaha memulihkan ekonomi dan menyelesaikan hutang-hutang negara masih tidak selesai dalam tempoh dua tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, sebagai menghormati janji yang sudah dilafazkannya itu, selain Pakatan Harapan boleh membuat ketetapan lain berhubung masa beliau sepatutnya berundur, ia juga boleh dilakukan jika Anwar sendiri yang memberi keizinan kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri melebihi tempoh dua tahun.

Meskipun hanya berseloroh jika Anwar memberi laluan, dapatlah beliau menjadi Perdana Menteri sehingga dua tahun setengah, hakikatnya kata-kata Tun Mahathir itu bukanlah selorohan kosong semata-mata.

Ia barangkali menuntut Anwar untuk berfikir dengan serius tentang negara dan tidak hanya mengutamakan kepentingan peribadinya sahaja, lebih-lebih lagi jika masalah ekonomi dan hutang masih banyak yang tidak selesai.

Pendirian Tun Mahathir itu juga nampaknya selari dengan kenyataan Setiausaha Politiknya, Zahid Md Arip baru-baru ini yang berpendapat adalah wajar untuk Anwar sendiri memujuk Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk menjadi Perdana Menteri bagi tempoh melebihi dua tahun.

Ini kerana, kata beliau, tempoh masa dua tahun adalah terlalu singkat bagi Tun Mahathir menyelesaikan pelbagai masalah serta kerosakan dalam negara yang ditinggalkan UMNO dan BN yang telah mentadbir negara ini selama 61 tahun lamanya.

Kenyataan itu kemudian disusuli dengan usul Bersatu Bahagian Setiawangsa yang juga diketuai Zahid dalam mesyuaratnya 29 Oktober baru-baru ini yang membuat ketetapan agar Tun Mahathir diberi tempoh memegang jawatan Perdana Menteri selama sepenggal sehingga PRU15.

Daripada semua rentetan itu, maksud yang paling mudah difahami ialah Tun Mahathir hanya akan senang hati menjadi Perdana Menteri melebihi tempoh dua tahun jika Anwar sendiri yang sedia memberi laluan kepada perlanjutan tempoh masa itu.

Jika tidak, sebagaimana dijanjikan, Tun Mahathir tetap akan berundur selepas dua tahun untuk memberi laluan kepada Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sekarang.

Persoalannya, bagaimana dengan Anwar?

Sediakah beliau memberi keizinan untuk Tun Mahathir lebih lama menjadi Perdana Menteri atau Anwar tetap berkeras mahu mengambil alih jawatan itu genap-genap dua tahun selepas Tun Mahathir mendudukinya sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini?

Atau kalau ditanya pendapat rakyat secara umum, apa agaknya pendapat mereka – Tun Mahathir perlu diberi lebih masa sebagai Perdana Menteri dan Anwar kena bersabar dulu atau Tun Mahathir wajib undur sebaik mencecah titik masa dua tahun untuk digantikan segera dengan Anwar?

KLIK BACA: Najib nafi pembohong, pencuri atau penyangak, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share