Datuk Seri Najib Razak malam tadi tampil dengan lukisan graf bar menunjukkan perbandingan antara peruntukan biasiswa dan untuk universiti dalam Belanjawan 2018 dan 2019.

Beliau memuatnaik grafik kerana penulisannya tentang pengurangan biasiswa kerajaan dan peruntukan untuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia terlalu panjang.

“Okay, saya lukis,” katanya menyahut permintaan pembaca pada Ahad.

“Jika potongan bajet seperti ini dilakukan pada masa saya masih perdana menteri, sudah tentu Pakatan Harapan akan menghebohkan dan menuduh saya sekurang-kurangnya 3 bulan kononnya saya tidak jaga masa depan anak muda,” sindirnya.

Graf itu menunjukkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memotong 33% biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) daripada RM1.5 bilion kepada RM1.0 bilion.

Biasiswa lain yang dipotong adalah:

* Majlis Amanah Rakyat: RM2.5 bilion kepada RM2.0 bilion (20%)

* Kementerian Pendidikan: RM684 juta kepada RM503 juta (26%)

* Kementerian Kesihatan: RM258 juta kepada RM250 juta (3%)

Graf juga memaparkan peruntukan untuk UM dipotong sebanyak 9% daripada RM445 juta kepada RM405 juta, dan untuk USM dipotong sebanyak 5% daripada RM525 juta kepada RM501 juta.

KLIK BACA: Najib nafi pembohong, pencuri atau penyangak, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share