Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diberi peluang dan ruang sembilan tahun menjadi PM seharusnya berehat dan menumpukan kes mahkamah beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. – Foto Nikkei Asian Review

oleh Shahbudin Husin

Di sebalik bermulanya serangan daripada beberapa pemimpin seperti Nazri Aziz serta Khairy Jamaluddin dan akhbar milik UMNO, Utusan terhadapnya akhir-akhir ini, Najib Razak menjelaskan kemunculannya dari semasa ke semasa hanyalah bertujuan memberi pandangan dan idea bagi memperkasa UMNO, mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi negara sambil menjawab fakta yang tidak betul.

Tegasnya, beliau juga sama sekali tidak berhasrat untuk kembali semula menjadi Presiden UMNO atau Perdana Menteri kerana telah memegang jawatan itu selama sembilan tahun sebelum ini.

Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak akan memberi ruang kepadanya melakukan peranan dan sumbangan itu.

Sekali lalu memang nampak logik apa yang Najib minta dan lakukan sekarang ini, tetapi jika beliau sedar diri dan ada sedikit perasaan malu dalam dirinya, berdiam diri serta duduk diam-diam di rumah sambil menumpukan perhatian kepada kes mahkamahnya adalah pilihan yang paling baik untuk dilakukannya.

Ini kerana beliau sudah pun ditolak rakyat pada PRU14 lalu yang berpunca daripada skandal melibatkan dirinya, kemewahan serta keborosannya berbelanja, caranya memimpin UMNO serta kerajaan dan kelemahannya sebagai ketua keluarga sehingga isteri dan ahli keluarga tertentunya dilihat turut sama mempunyai kuasa dan memperolehi banyak manfaat daripada kedudukannya.

Tidak ada sebab lain rakyat menolak UMNO dan BN melainkan kerana benci dan meluat kepadanya serta tidak langsung lebih lama membiarkannya merosakkan negara ini.

Jika Najib sedar realiti itu, sebenarnya tidak perlu sama sekali beliau meminta diberi peluang untuk menyumbang dan memulihkan semula UMNO kerana kedudukannya yang sudah ditolak rakyat sebelum ini mustahil memungkinkannya untuk diterima semula.

Beliau adalah pemimpin yang gagal dan satu-satunya pemimpin yang pernah ditolak sehingga menyebabkan UMNO kalah serta kehilangan kuasanya di peringkat Persekutuan.

Lagi pun, dengan 38 kes mahkamah yang sedang dihadapinya, 17 kes oleh Rosmah Mansor dan mungkin puluhan pertuduhan lagi bakal menjelma, apakah Najib fikir rakyat boleh menerimanya semula?

Tidak cukup lagikah peluang dan ruang selama sembilan tahun menjadi PM yang telah diberikan kepadanya selama ini?

Lebih daripada itu, Najib juga mesti sedar bahawa UMNO sudah ada barisan kepimpinan baru sekarang ini.

Dalam hal ini, Najib seharusnya memberi ruang dan peluang kepada barisan kepimpinan baru parti untuk memulihkan parti melalui corak dan rekaan pilihan mereka tanpa sebarang gangguan daripadanya.

Terus mencampuri urusan parti dengan sentiasa membayangi kepimpinan sedia ada dalam tugas dan peranannya hanya akan menambahkan kesukaran bagi UMNO untuk dipulihkan semula, selain seolah-olah beliau mahu terus berlindung atau bergantung kepada UMNO untuk berhadapan dengan kes-kes mahkamahnya.

Jika Najib sebelum ini pernah mengecam Tun Mahathir Mohamad kerana terus campurtangan dalam urusan UMNO dan kerajaan, biar pun setelah tidak lagi menjadi Presiden UMNO, mengapakah kini beliau turut melakukan perkara yang sama?

Berbanding Tun Mahathir yang tidak pernah ada kes mahkamah atau jenayah, sebaliknya campurtangan beliau sebelum ini semata-mata untuk kebaikan dan masa depan negara, tetapi dengan deretan kes mahkamah yang dihadapinya sekarang yang secara tidak langsung turut sama membebankan UMNO, di manakah perasaan malu Najib sebenarnya?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau.

Nota Ana Ghoib: Kalaulah Najib dengar nasihat dan panduan Tun Mahathir yang mengangkatnya tidak jadi begini azab memalu dan menyeramkan kesudahan kamu. Tapi puas jugalah dahulu kamu dan kawan-kawan memperlekeh orang tua dan akhirnya menerima padah buruk. – Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: Najib nafi pembohong, pencuri atau penyangak, cukup-cukuplah itu…

KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh

KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share