Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Akihito dari Jepun. – Foto EPA

TOKYO 6 Nov: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Akihito dari Jepun.

Penganugerah yang tertinggi dari Jepun itu diberi berdasarkan sumbangan besar Perdana Menteri dalam usahanya mengukuhkan hubungan dua hala.

Majlis penganugerahan itu berlangsung di Imperial Palace di sini pukul 9.45 pagi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia).

Anugerah itu adalah pemberian tertinggi yang diberi kepada pemimpin luar bagi sumbangan terhadap hubungan 2 hala antara negara-negara berkenaan dengan Jepun di samping sumbangan mereka kepada rantau ini.

Dr Mahathir adalah pemimpin ketiga dari Asia yang menerima anugerah berprestij ini selepas bekas perdana menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bekas perdana menteri India, Manmohan Singh.

Beliau kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun sejak Isnin. – Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad terima anugerah tertinggi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Akihito dari Jepun.

KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 

KLIK BACA: Utusan tuduh Najib bohong RM2.6 bilion dalam akaun peribadi, sila minta maaf kepada ahli Umno

KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh

KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share