Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan ini bukan lagi zaman ketuanan Melayu dipersoalkan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Razlan Rafi.

“Saya nak tanya Syed Saddiq, apa salah Melayu sehingga kamu nak buang Melayu di Malaysia, bukankah sepatutnya kamu bekerja keras untuk membawa Melayu berjaya seperti dasar parti anda?

“Apakah maksud sudah tidak ada ketuanan Melayu? Adakah maksudnya, penjenamaan semula Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada Amanah Saham Malaysia dan selepas ini, tidak ada lagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) , tidak ada lagi kuota Melayu, tidak ada lagi kepentingan Islam, dan tidak ada lagi kepentingan-kepentingan lain, seperti nelayan, Felda dan tanah-tanah Melayu? Apa sebenarnya yang anda hendak nyatakan ini?,” katanya dalam satu kenyataan media.

Razlan mendesak Syed Saddiq agar menjadi Melayu yang tidak malu mengaku diri anda Melayu.

“Apabila membaca perlembagaan Bersatu dan mereka memilih untuk menjadikan Melayu dan Bumiputera sebagai dasar parti mereka, nampak janggal apabila Ketua Pemudanya berkata sudah tidak ada ketuanan Melayu.

“Melayu bukan mahu menjadikan negara ini tuan, tetapi negara ini sememangnya adalah Tanah Melayu, dan apabila disatukan Sabah dan Sarawak, Melayu berkongsi dengan bangsa-bangsa lain menjadikan ia Malaysia,” tegasnya.

Nota Ana Ghoib: Ada betulnya kata Razlan Rafi di atas tetapi sebagai pemimpin melayu Umno dalam senarai pendeknya – Ali Tinju, Armand Azha, Khairy, Hishammuddin, Asyraf, Maslan, Fathul Bari serta Jamal Yunos yang terhegeh-hegeh mempertahankan MO1 – sebenarnya ketuananan merekalah yang berakhir.

Syed Saddiq jangan hendak berlagak LIBERALIST INDIE HANKY PANKY – mencari kelainan hingga salah pilih perkataan atau mencari nama menggunakan isu remeh seperti warna kasut juga stokin.

Ketuanan Melayu tidak akan berakhir dan idea Malaysian Malaysia tidak akan boleh dibenarkan berlaku di bumi berdaulat ini tetapi ketuanan Melayu Umno berakhir ya! – begitu juga ketuanan Melayu PPBM [Bersatu] boleh berakhir.

Diharap Syed Saddiq bukan menjadi orang yang mencetuskan runtuhnya ketuanan Melayu Bersatu. Tetapi riak dan bunga-bunganya sudah menampakkan ke arah itu Bro Saddiq.

Mungkin gagasan ketuanan Melayu akan berakhir setelah mereka berjaya meruntuhkan ketuanan Cina yang menguasai 70% bidang ekonomi di Tanah Melayu – yang gagal disaingi Umno sejak puluhan tahun.

Jika PKR, AMANAH dan Bersatu BERKERJA menolong bangsa ‘dalam diam’ berjaya meruntuhkan ketuanan Cina di bidang ekonomi maka itulah lebih penting dari membazir air liur berkokok sana sini tapi ekor bergelumang tahi.

Apa pun renungkanlah sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah, bukan kefakiran (kemiskinan) yang aku khuatirkan atas kamu tetapi yang ku khuatirkan atas kamu ialah apabila dunia ini dibentangkan (dilapangkan) untuk kamu sebagaimana dilapangkan untuk orang-orang sebelum kamu, lantas kamu berlumba-lumba merebutkannya, lalu kamu binasa kerananya sebagaimana mereka binasa kerananya.” – (HR. al-Bukhari dan Muslim). – Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: “Pembunuhan Jamal Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak

KLIK BACA: Kenapa penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share