BERSATU bahagian Setiawangsa mahu pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, pada persidangan pertama BERSATU bahagian Setiawangsa, semalam mereka membentangkan usul supaya Mahathir melengkapkan tempoh lima tahunnya sebagai perdana menteri.

Menurut Pengerusi Sahabat Harapan Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim, usul itu dikemukakan oleh ketua bahagian Setiawangsa, Muhamad Zahid Md Arip yang juga adalah setiausaha politik kepada perdana menteri.

Sebelum pilihan raya umum ke-14, Pakatan Harapan bersetuju bahawa Mahathir akan menjadi perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan kuasanya kepada bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, Mahathir pernah menyatakan hasratnya untuk kekal dalam kedudukannya dengan lebih lama.

Pada hari yang sama BERSATU bahagian Setiawangsa mengadakan persidangannya, Anwar menolak desas-desus berkenaan cubaan dalaman untuk menghalangnya menjadi perdana menteri kelapan.

“Itu semua bacaan, tafsiran media yang percaya ada rancangan lebih besar, konspirasi ulangan 1998. (Tetapi) saya tiada sebab untuk mencurigai perjanjian persahabatan HARAPAN,” katanya kepada Malaysiakini.

Nota Ana Ghoib: Yang merisaukan pengkritik adalah pendirian Anwar terhadap polisi Tun Dr Mahathir terutama dalam menghadapi kerenah pemimpin Umno.

Dibimbangi Anwar menjadi ‘lembik’ kekurangan wibawa dan pengaruh atau ‘pelupa’ untuk bertindak terhadap mereka yang sebelum ini berlaku wewenang sesuka hati terhadap wang rakyat atau undang-undang.

Sebab itu dilihat ketika di parlimen malah Ahmad Maslan secara terbuka memberitahu Nurul Izzah agar Anwar segera menjadi PM dan Tajuddin Rahman pula mengejek Anwar hanya sokong Dr Mahathir depan-depan dan mungkin merubah apa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri ke-7 itu setelah mengambil alih kuasa.

Paling menakutkan adalah motif muslihat Najib Razak menelefon Anwar pada malam BN kalah PRU14 kepada PH. – Susunan @Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: “Pembunuhan Jamal Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?

KLIK BACA: Hishammuddin nafi cuba lari dari SPRM – pura-pura mahu cari Jho Low

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak

KLIK BACA: Kenapa penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share