PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Wakil Khas Raja Arab Saudi Raja Salman, Turki Mohamed Fahd Al Saud semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadir, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (kiri). – Foto Bernama

PUTRAJAYA 29 Okt. – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima surat peribadi daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud untuk mengundang beliau ke negara itu dalam masa terdekat.

Surat tersebut disampaikan oleh utusan khas Raja Salman, Turki Mohamed Fahd Al Saud dalam satu pertemuan di Perdana Putra di sini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang turut serta dalam pertemuan tersebut berkata, jemputan rasmi daripada Raja Salman itu bertujuan mengeratkan hubungan baik sedia ada antara kedua-dua negara.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan akan memikirkan masa yang sesuai sebab sekarang ini kerja banyak,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Turut serta dalam pertemuan hampir setengah jam itu ialah Duta Arab Saudi di Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir.- Bernama

MESTI BACA: Altantuya: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK TONTON: Video Najib kena ‘grill’ Mary Ann Jolley wartawan Al-Jazeera

DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Arab Saudi nafi kerajaan mereka bagi derma 2.6 bilion kepada Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share