Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam wawancara program 101 East Al Jazeera yang disiarkan pada 27 Oktober, 2018 sekali lagi menegaskan beliau tidak mengenali wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Saya benar-benar tidak bersalah dalam kes Altantuya. Sehingga hari ini, tidak ada bukti yang menunjukkan saya terlibat kerana saya tidak tahu.

“Tidak pernah bertemu dengannya, tidak pernah melihatnya dan tidak pernah tahu kewujudannya,” katanya dalam wawancara tersebut.

Najib turut menggelar Mary Ann Joley yang mengendalikan wawancara itu sebagai ‘pengacau’ atau ‘nuisance’ kerana menyibuk urusan negara Malaysia hingga dirinya diusir pada tahun 2016.

Najib turut berkata beliau tidak menyesal apabila Mary Ann Joley diusir daripada negara ini kerana mereka-reka cerita.

Jolley pula menegaskan bahawa dia hanya ingin mewawancara Najib pada masa itu dan tidak mempunyai agenda politik.

Jolley kemudian bertanya sama ada dia diusir kerana mahu memfilemkan kisah mengenai pembunuhan Altantuya.

Najib menjawab keputusan mengusir Jolley dilakukan pihak berkuasa meskipun wartawan itu mendakwa arahan pengusiran itu datang dari pejabat Perdana Menteri.

Altantuya mati dibunuh di sebuah kawasan di Shah Alam pada 18 Okt 2016 dengan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang menjadi pengiring peribadi kepada Najib ketika itu disabitkan bersalah atas pembunuhan tersebut.

Manakala rakan rapat Najib yang juga seorang penganalis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Najib pada masa itu merupakan timbalan perdana menteri.

KLIK BACA: “Pembunuhan Jamal Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

Nota Ana Ghoib: Kenapa Najib bercakap seperti seorang HAKIM menentusahkan dirinya bersih tidak bersalah dan memberi alasan sehingga kini tiada bukti?

Untuk pengetahuan sumpah Najib di masjid beliau tidak menyebut nama Altantuya tetapi hanya menggelarnya ‘wanita Mongolia’.

Sumpah ‘mubahalah’ dalam Islam mestilah disempurnakan lafaznya dengan Najib menyebut nama Altantuya dan kesannya kutukan juga laknat ke atas dirinya dan keluarga jika berbohong. [ruj: Al-Quran]

Kalau pun Najib kenal Altantuya, tak mungkin dia membunuhnya kerana Sirul Azhar Umar telah mengaku dan dihukum tetapi yang menjadi persoalan pengkritik adalah motif dan siapa memberi arahan ‘JIMAT’ atau bunuh?

Adakah Sirul sengaja membunuh Aminah nama lain bagi Altantuya yang merupakan kekasih Razak Baginda – iaitu seorang wanita yang tidak dikenalinya secara suka-suka.

Siapa pegawai atasan Sirul dan apa kaitannya dengan skandal Scorpene biar mahkamah dan HAKIM menentukan apabila kesemua saksi dipanggil tanpa halangan atau KESIPUAN.

Seperti kata Tun Mahathir beberapa tahun lepas kes Altantuya ini melibatkan anak orang dan pesalah ‘Sirul’ yang bakal digantung pula anak orang – bukan boleh senang-senang gantung.

Untuk rekod, Sirul pernah menjadi pengawal pengiring kepada Tun Mahathir.

Peguam keluarga Altantuya, Ramkarpal Singh pula menegaskan kecacatan adalah kerana pegawai atasan Sirul tidak dipanggil juga bila pembunuhan itu dikatakan tiada motif.

Jangan jadi hakim sendiri tetapi berlapang-lapanglah pergi mahkamah semula dan jangan beri alasan tidak tahu tanah pejabat Felda dijual bawah hidung, dana 1MDB KWAP berbilion sangkut di Switzerland-Singapura atau komisyen beli Scorpene bayar cukai LHDN atau tidak?

Susunan risalah @Berita Mimpi – Ana Ghoib – Masih phobia untuk menulis dengan jelas kerana kamu boleh didakwa di bawah akta hasutan apatah lagi sebelum kemenangan PH.

MESTI BACA: Kami semua SENYAP bila Tun Mahathir sebut kes Altantuya

KLIK BACA: “Pembunuhan Jamal Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang

KLIK BACA: Hishammuddin nafi cuba lari dari SPRM – pura-pura mahu cari Jho Low

KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share