Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir di Bangunan Perdana Putra hari ini.Adel telah berada di Malaysia sejak Rabu sempena lawatan kerja tiga hari beliau. – Bernama

PUTRAJAYA 26 Oktober: Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra di sini hari ini.

Dalam pertemuan yang turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta derma RM2.6 bilion, Saifuddin berkata : “Beliau (Adel) menyatakan bahawa (derma RM2.6 bilion) tidak ada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.”

Menurutnya, ketika mereka bertemu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-73 di New York pada bulan lepas, Adel memberitahunya bahawa kerajaan Arab Saudi akan bekerjasama dalam siasatan 1MDB dan tiada kaitan dengan derma RM2.6 bilion.

“Hari ini ulangi sekali lagi bahawa itu tiada kaitan dengan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas turut hadir pada kunjungan hormat Adel terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di sini. – Bernama

KLIK BACA: Soalan Jho Low dan Altantuya, Najib keluar temu bual dengan Al Jazeera

DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Berlian RM116 juta Rosmah hadiah Putera Raja – Najib

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share