Najib Razak dalam wawancara bersama Aljazeera 101 Timur. – Foto Al Jazeera 101 East

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui tidak memeriksa sumber atau pemilik wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Najib mendakwa cuma mengagak sumbangan derma itu dari Arab Saudi selepas Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

“Persoalannya ialah apabila saya menerima dana itu, adakah saya tahu dari mana sumber wang itu atau milik saya, yang pasti saya tiada akses untuk mendapatkan maklumat ini daripada bank.

“Ini kerana pemilik dana itu dilindungi oleh undang-undang kerahsiaan perbankan. Maka, apabila saya menerima dana, secara jujur saya beranggapan ia adalah sumbangan ikhlas dan pada saat itu, saya percaya ia daripada Arab Saudi berdasarkan perbualan dengan Raja Abdullah,” katanya dalam satu wawancara bersama Aljazeera 101 Timur, malam tadi.

Pada September lalu, Najib mendedahkan beberapa dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Najib turut menggesa pihak berkuasa menyiasat individu lain yang didakwanya terbabit dalam penyelewengan dana 1MDB dan bukan hanya menyiasat Low Taek Jho atau Jho Low.

“Jangan siasat Jho Low saja. Dapatkan orang lain juga kerana ada tokoh antarabangsa lain yang mungkin terbabit. Kita hendak tahu ke mana wang itu mengalir dan yang mendapat manfaat daripada dana 1MDB. Saya juga ingin tahu,” katanya.

Tempohari, Perdana Menteri Tun dr Mahathir dalam progam bual bicara Sinar Harian terus menganggap Najib sebagai ‘pencuri’ sambil menegaskan hanya ‘Arab gila’ yang akan menderma wang sebanyak itu.

Pengkritik masih mempertikaikan mengapasa semasa berkuasa Najib kelihatan seperti melindungi Jho Low atau Low Taek Jho dan perbincangan mengenai skandal 1MDB sentiasa mendapat halangan di Dewan Rakyat.

KLIK BACA: Soalan Jho Low dan Altantuya, Najib keluar temu bual dengan Al Jazeera

DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Berlian RM116 juta Rosmah hadiah Putera Raja – Najib

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Arab Saudi nafi kerajaan mereka bagi derma 2.6 bilion kepada Najib

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share