Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merumuskan kini gejala rasuah di dalam negara hampir tidak berlaku susulan pertukaran kerajaan BN kepada PH.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mendapati syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga sudah tidak lagi merungut atau cakap-cakap belakang mengenai amalan rasuah dalam kerajaan sekarang.

“Dan kalau kita pergi ke luar negara tiada lagi orang akan bertanya apa jadi dengan negara kamu? Dengan menukar kerajaan kita sudah banteras rasuah.

“Rasuah semakin hampir tidak ada, mereka takut dengan undang-undang yang kita gubalkan, kita tubuh badan-badan tertentu yang tumpu pada banteras rasuah.

“Ini adalah satu kejayaan yang besar,” katanya dalam wawancara bersama Astro.

Mahathir mendakwa sekarang ini tidak ada lagi pegawai-pegawai kerajaan yang mencari keuntungan daripada urusan mereka, justeru ini membuktikan kerajaan sekarang telah berjaya mengubah kepada sifat yang ada pada kerajaan.

“Mana-mana yang terlibat dengan rasuah semasa kerajaan lepas, kita akan siasat supaya kegiatan bersifat jenayah tidak berlaku lagi,” ujar beliau.

Dr Mahathir juga mendakwa rakyat kini sudah tidak berasa tertekan berbanding dahulu mereka yang tidak menyokong parti kerajaan (Barisan Nasional) akan didatangi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelasnya, jika syarikat itu tidak membayar bayaran cukai tambahan, perniagaan dan akaun akan dibekukan serta tidak boleh berniaga.

“Perasaan mereka amat takut jika berdekatan dengan parti lawan. Sekarang tidak ada lagi dan mereka boleh berniaga dan tiada tuntutan cukai, tiada lawatan SPRM dan sebagainya untuk menggugut, tidak berlaku lagi,” katanya.

MESTI BACA: Altantuya: Kenapa Najib bercakap seperti hakim di Al-Jazeera?

DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak, kasino- Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share