Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelawaan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli Umno untuk menyertainya hanya untuk menyelamatkan parti tersebut.

“Satu pelawaan yang mungkin jujur saya kira, terutama dengan situasi cemas Bersatu sekarang. Ahli Umno adalah orang Melayu yang setia dengan partinya.

“Ini lah yang Tun asuh (ketika menjadi presiden Umno) kepada kita.

“Yang berebut kuasa adalah pemimpinnya, yang rasuah adalah pemimpinnya dan di seret ke mahkamah juga adalah pemimpinnya.

“Justeru ahli Umno reda hilangnya pemimpin, namun tidak menukar partinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Annuar mendakwa, Bersatu negeri sangat lemah, terlalu kecil dan tidak menerima sambutan daripada rakyat malah berdepan masalah apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

“Amat sukar bagi ahli Umno menyertai Bersatu. Setelah banyak janji PRU tidak ditunaikan, sudah pasti pengaruh Bersatu semakin merosot. Sangatlah bahaya bagi ahli Umno untuk menyertai Bersatu kerana parti itu tanpa Tun menjadi perdana menteri, mereka semakin terhimpit,” katanya.

“Sesungguhnya amat ramai ahli Umno termasuk saya amat sayang dan menghormati Tun. Tinggal lagi kita berpegang kuat pada ajaran Tun supaya tidak berpecah dan tinggalkan parti, jangan sokong DAP dan sebagainya,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Annuar Musa ini tak ubah seperti askar Jepun duduk dalam gua menyangka perang belum tamat dan Nippon akan menang!

Untuk makluman Umno sudah lunyai hancur dan meminjam kata Tun Mahathir kini rakyat memandang JIJIK terhadap pemimpinnya akibat kecurangan mereka.

Pepatah menyebut ‘jika tiada Singa dihutan maka Beruk rabun pun boleh jadi Raja’ –  oleh itu diharap Singa SPRM dan PDRM yang sebelum ini dicabut taringnya terus mengaum membaham pemimpin yang membawa kudis kepada bangsa Melayu.

Sergap beruk dan monyet skandal MARA, Felda, Yapeim, LTAT, TH yang mengambil untung atas nama komisyen tanpa segan silu atas dasar kasih sayang setia hormat bangsa Melayu dan agama kononnya. – Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s

KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Tengku Adnan, Rosmah dan Rizal didakwa kes seleweng projek solar, jual tanah DBKl

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil

KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid

MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share