Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyanggah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO sudah tiada dan tidak lagi memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara kecuali mempertahankan Datuk Seri Najib Razak.

“UMNO masih wujud, berfungsi dan bergerak sebagai parti politik terbesar di Malaysia.

“Malah UMNO secara hakikatnya mempunyai lebih ramai ahli, pengundi dan lebih banyak kerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, walaupun sebelum ini terdapat beberapa pemimpin UMNO yang melakukan kesalahan, tetapi itu bukan alasan untuk menjatuhkan hukuman.

“Janganlah kita menghukum jutaan orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO.

“Mereka adalah ahli biasa yang tinggal di seluruh pelusuk tanah air dan tidak melakukan kesalahan,” jelasnya.

Untuk rekod, antara pemimpin dan individu berkaitan Umno yang disiasat dan didakwa atas tuduhan rasuah juga salahguna kuasa buat masa ini adalah Najib Razak, Zahid Hamidi, Azeez Rahim [TH], Rosmah Mansor, Arul Kanda, Rizal Mansor, Hasanah Abd Hamid [Perisik] dan terbaru bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Irwan Serigar.

Kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir juga telah membekukan akuan milik Umno dan menyekat lebih 1000 individu penting berkaitan skandal 1MDB dari keluar negara berbanding kerajaan BN sebelum ini yang menyekat puluhan jika tidak ratusan ribu pelajar yang tidak membayar hutang PTPTN. – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak, kasino- Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD

KLIK BACA: Tunjuk bukti Zahid tak salah 45 tuduhan – Dr Mahathir

KLIK BACA: Selesai hutang guna duit cukai, Irwan ditahan SPRM, Najib dipanggil 

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share