Tun Dr Mahathir menganggap UMNO yang dahulunya memperjuangkan agama, bangsa dan negara sebagai sudah tidak wujud di negara ini akibat tersasar dari matlamat asal penubuhannya.

“Perjuangan UMNO ialah untuk kekalkan Najib (Datuk Seri Najib Razak) sebagai pencuri terbesar.

“Itu bukan UMNO, UMNO sudah tiada,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Shah Alam semalam seperti dilapor portal Berita Harian.

Dr Mahathir berkata, terdapat juga ahli UMNO yang fanatik meskipun penjelasan sudah diberikan terhadap isu salah laku membabitkan pemimpin parti namun mereka terus menyokong.

“Mereka menyokong secara membuta tuli. Kalau kita terangkan pun dia kata duit itu daripada tok Arab, tok Arab gila mana yang nak bagi duit sebanyak itu,” katanya.

Dr Mahathir membandingkan kaum Cina di negara ini dilihat tidak terlalu taksub dengan sesebuah parti dan memilih mereka yang komited memperjuangkan nasib rakyat.

“Orang Cina, mereka tidak peduli parti, mereka kira, kalau ini merugikan bangsa mereka, mereka akan meninggalkan parti itu, mereka pilih parti lain. Dia tidak ikat diri dia kepada parti sehingga tidak boleh fikir.

“Dia nampak MCA tidak betul, dia pergi kepada DAP. Dia nampak DAP tidak betul dia pergi kepada MCA. Tapi orang UMNO, betul tak betul pun, penyangak ke pencuri ke, ini UMNO, kita sokong,” katanya.

Ketika ditanya jika ada pihak yang merasakan UMNO melakukan perkara tidak betul, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, mereka boleh menyertai partinya.

Untuk rekod, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berulang kali menafikan beliau mencuri dan menegaskan wang di dalam akaun peribadinya sebanyak RM2.6 bilion adalah derma dari kerabat diraja Arab Saudi.

Semalam, Najib menyatakan rasa pelik kerana meskipun wang tersebut telah dipulangkan namun beliau tetap didakwa di mahkamah.

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Soalan Jho Low dan Altantuya, Najib keluar temu bual dengan Al Jazeera

DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Berlian RM116 juta Rosmah hadiah Putera Raja – Najib

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak, kasino- Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share