Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata bahawa salah satu faktor utama orang Melayu ketinggalan berbanding kaum lain dalam pelbagai bidang adalah disebabkan dasar bersifat diskriminasi yang diperkenalkan kerajaan.

“Saya menyokong dasar yang tidak bersifat diskriminasi yang membolehkan bumiputera turut serta dalam perniagaan menjual produk tidak halal yang memberi pulangan lumayan dan banyak di negara ini.

“Kenapa tidak beri lesen kepada bumiputera untuk buka kasino, pusat hiburan, aktiviti judi dan penjualan alkohol?

“Sektor itu merupakan sumber ekonomi yang besar yang melibatkan berbilion ringgit namun orang Melayu dihalang turut serta. Bagaimana orang Melayu muslim akan mampu menyaingi kaum lain dari segi ekonomi?” tulisnya di blog beliau Nasionalis.my

Tambah Zaid, perniagaan seumpama itu menyumbang kepada ekonomi kaum Cina yang kemudian membuka peluang kepada mereka melabur dalam hartanah.

“Orang Melayu mengeluh bahawa mereka telah hilang tanah mereka dan tak mampu beli rumah kos rendah. Kenapa orang Melayu tidak diberi peluang sama seperti Cina agar mereka boleh buat duit dan lindungi tanah mereka?

“Perniagaan ini adalah berdosa, sudah tentu, tapi sejak bila kerajaan diberikan mandat di bawah perlembagaan untuk melindungi orang Melayu daripada dosa?” katanya.

Sebaliknya, kata Zaid, tugas kerajaan adalah memastikan semua rakyat dapat merasai kekayaan dan kemakmuran negara.

Memetik Labuan dan Langkawi sebagai contoh, Zaid berkata, orang Melayu yang tidak “tersinggung” dengan perniagaan seumpamanya perlu diberi lesen untuk membuka kasino di pulau bebas cukai itu.

“Sesetengah orang Melayu mudah tersinggung, tapi kita tidak harus menguruskan negara mengikut perasaan semata-mata. Kenapa tidak buka kasino di Labuan dan Langkawi yang dioperasikan oleh orang Melayu?

“Tidak masuk akal kita boleh terima kasino besar di Genting tapi menganggapnya ‘kurang berdosa’ tapi menghalang kasino kecil lain di tempat lain.

“Bumiputera dan orang Melayu yang tidak tersinggung dengan aktiviti ini perlu diberi lesen operasi. Adakah kerajaan ketika ini akan mengambil pendekatan ini? Mungkin tidak, tapi mereka terus mengeluh bahawa Melayu ketinggalan,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Liberalis Zaid tak baca Al Quran kah bahawa yang menjual malah mengangkat arak juga hukumnya haram?

Mungkin agak ringan hukumnya jika kamu bekerja untuk orang lain dan tiada pilihan seperti dalam pesawat MAS atau 7 Eleven.

Pun begitu suatu hari di Malaya ini pasti pemimpin Melayu Muslim dalam kerajaannya akan menolak 100% pembabitan rakyat yang beragama Islam terkait arak dan judi.

Firman Allah di dalam Al Quran bahawa syaitan itu menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan.

Apakah Zaid takut diri sendiri miskin atau takut melayu jadi miskin hingga tak terfikir cara lain memperkayakan mereka era pasca Umno?

Mudahnya ikut cara Eropah yang kaya raya hasil cabutan skim loteri atau toto untuk rakyatnya yang setiap minggu menjadi jutawan dan mampu berlayar menggunakan kapal mewah atau terbang melancong ke seluruh dunia.

Jika orang Cina saban minggu menang jutaan ringgit cabutan nombor ditambah insuran nyawa lumayan mereka mati pun dapat duit, maka alternatifnya untuk orang Melayu Muslim adakan cabutan jutaan ringgit setiap minggu atau bulan untuk simpanan di bank mereka seperti BSN atau Bank Islam.

Jangan BAKHIL – memperkaya ini sebenarnya tentang ‘money game’ dan alasan untuk mencetak duit dan mencukai namun malang di Malaysia kaedah memperkaya itu khusus dengan bekerja susah payah, mendapat tuah projek kroni melalui parti politik.

Ana Ghoib masih berharap dengan simpanan RM100- 2K akan menang cabutan HALAL skim Al Awfar Bank Islam samada dapat 50K atau 1Juta yang lambat ibarat hendak mencabut gigi 15 tahun sekali.

Pemenang cabutan bertuah di Malaysia ini perlu diwajibkan berbelanja membeli aset di Malaysia sahaja bagi membendung pengaliran keluar wang justeru sudah cukup pekerja warga asing menyedutnya keluar akibat polisi bekas menteri Umno.

*Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib – Aku Demam….dengar cerita Imam Mahdi akhir zaman akan membahagi-bahagi kekayaan tanpa terhitung?

KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir

KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak, kasino- Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD

KLIK BACA: Tunjuk bukti Zahid tak salah 45 tuduhan – Dr Mahathir

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share