Tan Sri Shafee Abdullah peguam bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isternya Datin Seri Rosmah Mansor. – Foto Free Malaysia Today

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah tidak meminta diberi layanan istimewa ketika menjalani prosiding mahkamah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasangan pemimpin negara itu sewajarnya diberi layanan seperti rakyat biasa yang diberikan dokumen sebenar apabila dikenakan pertuduhan jenayah.

“Ini adalah sejarah pertama kali di Malaysia, di mana pendakwaan mula menggunakan format cakera padat (CD)

“Kita hanya minta Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dan termasuk kes saya sendiri dilayan seperti orang biasa.

“Kami perlu dilayan seperti mana orang lain yang dituduh,” katanya seperti dilapor portal MalaysiaGazette.

Shafee mengulas tindakan Ketua Pendakwa raya, Tommy Thomas dalam empat pertuduhan terhadap Najib sebelum ini yang gagal mematuhi Seksyen 51A kerana tidak membekalkan dokumen sebenar.

Muhammad Shafee juga mendakwa tindakan pendakwa raya tersebut dilihat sebagai satu penganiayaan terhadap seorang bekas negarawan.

“Kenapa mereka aniaya kami? Kami dianiaya, kenapa kami diberi format CD apabila orang lain, ribuan malah mungkin jutaan orang diberikan dokumen sebenar,” katanya.

Sebelum ini Najib menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd dan satu pertuduhan salah guna kuasa jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membabitkan RM42 juta.

Untuk rekod, Shafee sebelum ini turut didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima RM9 juta dari Najib sebagai upah guaman bagi rayuan hukuman kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion

KLIK BACA: Berlian RM116 juta Rosmah hadiah Putera Raja – Najib

KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak, kasino- Zaid Ibrahim bengong!

KLIK BACA: Tunjuk bukti Zahid tak salah 45 tuduhan – Dr Mahathir

KLIK BACA: Rosmah didakwa atas pertuduhan jenayah bukan balas dendam, kata PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share