Saleem Iklim meninggal dunia akibat kemalangan. – Foto Buletin Media Blogspot

Saleem Iklim penyanyi lagu popular ‘Suci Dalam Debu’ meninggal dunia. – Foto Okezone Indonesia.

Penyanyi Saleem atau AM Saleem Abdul Majeed, 57, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi hari Ahad 14 Oktober, 2018.

Ia selepas 22 hari penyanyi kumpulan Iklim itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, PPUKM kerana kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.

Portal BHOnline melaporkan anak bongsunya, Muhammad Amirul Mukmin, berkata arwah bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.

“Akibat hentakan kuat ketika kemalangan, otaknya bengkak, sekali gus menyukarkan penafasannya.

“Selepas koma hampir dua minggu, arwah mula sedar, tetapi keadaannya semakin lemah.

“Walaupun kelihatan ceria, kami nampak banyak perubahan pada arwah terutama apabila bibirnya berubah pucat.

“Doktor mengambil keputusan menidurkannya kerana arwah mengadu mengalami sakit kepala yang amat sangat apabila sedar,” katanya.

Amirul berkata, doktor menghubungi keluarganya jam 5.30 pagi semalam selepas keadaan bapanya semakin kritikal.

“Arwah terpaksa diberikan bantuan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi.

“Kami reda dengan pemergian arwah kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas melihat keadaannya yang semakin kritikal,” katanya dipetik portal Berita Harian.

Jenazah penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tun Hussein Onn selepas solat Zuhur.

KLIK BACA: Rakyat tak kesian Rosmah, kata Tan Sri Zainuddin

DIKEMASKINI: Umno pecah belah tidak lagi takut Najib, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya – Billion Dollar Whale

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share