Zahid Hamidi menghadap SPRM kes Yayasan Akal Budi dan derma Arab Saudi kepada Najib Razak. – Foto mStar

Putrajaya – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini untuk menyambung proses memberi keterangan.

Ini kali kelima beliau memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya.

Semalam, Zahid telah memberikan kenyataan selama sembilan jam, serta lapan jam pada hari yang sebelumnya selain dipanggil untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu.

Untuk rekod, anak perempuan Zahid Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid serta menantunya Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff turut hadir memberikan keterangan berkenan kes sama semalam.

Zahid sebelum ini disoal atas dakwaan menggunkaan dana Yayasan Akal Budi bagi menjelaskan hutang kad kreditnya.

Zahid turut disoal siasat berhubung dakwaannya bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang didakwa memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

DIKEMASKINI: Zahid ditahan SPRM esok, didakwa Jumaat ini

KLIK BACA: Rosmah didakwa atas pertuduhan jenayah bukan balas dendam, kata PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Kes tanah 2 bilion, Deepak saman Najib-Rosmah RM50 juta

KLIK BACA: Rakyat tak kesian Rosmah, kata Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share